s 19 Pemegang lesen hendaklah menyimpan sampel
Setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, pemegang lesen hendaklah melabelkan dengan betul dan menyimpan untuk rujukan selama tempoh dua belas bulan sampel-sampel dasar laut dan lintap yang ditemui dalam mana-mana telaga pemegang lesen dan sampel apa-apa petroleum atau air yang ditemui dalam mana-mana telaga pemegang lesen dalam kawasan pengeksplorasian. Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya berhak untuk menghendaki supaya bahagian itu bagi mana-mana sampel sedemikian diserahkan kepadanya dan menyimpan mana-mana sampel atau bahagiannya yang diserahkan sedemikian, dan berhak untuk memeriksa dan menganalisis mana-mana sampel yang disimpan oleh pemegang lessen itu.