My bookmarksSign up free
← Petroleum Mining Act 1966

Petroleum Mining Act 1966 s 2

Petroleum Mining Act 1966 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “continental shelf” has the meaning assigned to it by section 2 of the Continental Shelf Act 1966 [Act 83]; “exploration licence” means a licence issued under section 7; “exploration work” means any work carried out in connection with exploration for petroleum; “foreshore” means all that land lying between the shore line and the low-water mark of ordinary spring tides; “land”, in relation to the States in Peninsular Malaysia, means any area of on-shore land and includes off-shore land adjacent to and contiguous with the on-shore land and, in relation to the States of Sabah and Sarawak, means the area of off-shore land only; “licensee” means the person to whom an exploration licence is issued and includes his successors in title and the persons deriving title under him; “off-shore land” means the area of the continental shelf; “on-shore land” includes the foreshores and submarine areas beneath the territorial waters of the States; “petroleum” includes any mineral oil or relative hydrocarbon and natural gas existing in its natural condition in strata but does not include coal or bituminous shales or other stratified deposits from which oil can be extracted by destructive distillation; “petroleum agreement” means an agreement entered into under sections 8 and 9; “Petroleum Authority” has the meaning assigned to it by subsection 4(3); “prescribed” means prescribed by regulations made under section 12.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah seksyen 12; “kerja pengeksplorasian” ertinya apa-apa kerja yang dijalankan berkaitan dengan pengeksplorasian petroleum; “lesen pengeksplorasian” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 7; “pantai pasang surut” ertinya semua bahagian tanah yang terletak di antara pinggir laut dengan tikas air surut bagi pasang perbani biasa; “pelantar benua” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83]; “pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya suatu lesen pengeksplorasian dikeluarkan dan termasuk penggantinya dalam hakmilik dan orang yang mendapat hakmilik di bawahnya; “perjanjian petroleum” ertinya perjanjian yang dibuat di bawah seksyen 8 dan 9; “petroleum” termasuk apa-apa minyak galian atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang wujud dalam keadaan semula jadi di dalam lintap tetapi tidak termasuk arang batu atau syal bitumen atau longgokan berlintap lain yang daripadanya minyak boleh diekstrak dengan cara penyulingan memusnah; “Pihak Berkuasa Petroleum” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 4(3); “tanah”, berhubung dengan Negeri di Semenanjung Malaysia, ertinya mana-mana kawasan tanah di daratan dan termasuk tanah di luar pesisir yang bersempadanan dan berdampingan dengan tanah di daratan dan berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, ertinya kawasan tanah di luar pesisir sahaja; “tanah di daratan” termasuk pantai pesisir depan dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah Negeri; “tanah di luar pesisir” ertinya kawasan pelantar benua.

Read this section in the full act →

Find Act 95 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next