My bookmarksSign up free
← Reciprocal Enforcement of Judgments Act 1958

Reciprocal Enforcement of Judgments Act 1958 s 8

Reciprocal Enforcement of Judgments Act 1958 s 8

s 8 General effect of certain judgments

(1) Subject to this section, a judgment to which Part II applies or would have applied if a sum of money had been payable thereunder, whether it can be registered or not, and whether, if it can be registered, it is registered or not, shall be recognized in any court in Malaysia as conclusive between the parties thereto in all proceedings founded on the same cause of action and may be relied on by way of defence or counter claim in any such proceedings. (2) This section shall not apply in the case of any judgmentβ€” (a) where the judgment has been registered and the registration thereof has been set aside on some ground other thanβ€” (i) that a sum of money was not payable under the judgment; (ii) that the judgment had been wholly or partly satisfied; or (iii) that at the date of the application the judgment could not be enforced by execution in the country of the original court; or (b) where the judgment has not been registered, it is shown (whether it could have been registered or not) that if it had been registered the registration thereof would have been set aside on an application for that purpose on some ground other than one of the grounds specified in paragraph (a). (3) Nothing in this section shall be taken to prevent any court in Malaysia recognizing any judgment as conclusive of any matter of law or fact decided therein if that judgment would have been so recognized before the coming into force of this Act.

Malay text (authoritative)

Kesan am penghakiman tertentu

(1) Tertakluk kepada seksyen ini, sesuatu penghakiman yang baginya Bahagian II terpakai atau akan terpakai jika sejumlah wang kena dibayar di bawahnya, sama ada penghakiman itu boleh didaftarkan atau tidak, dan sama ada, jika ia boleh didaftarkan, ia didaftarkan atau tidak, hendaklah diiktirafkan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia sebagai muktamad antara pihak kepadanya dalam semua prosiding yang berasaskan kausa tindakan yang sama dan boleh digunakan sebagai pembelaan atau tuntutan balas dalam mana-mana prosiding sedemikian. (2) Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana penghakimanβ€” (a) jika penghakiman itu telah didaftarkan dan pendaftaran penghakiman itu telah diketepikan atas sesuatu alasan selainβ€” (i) bahawa tiada suatu jumlah wang yang kena dibayar di bawah penghakiman itu; (ii) bahawa penghakiman itu telah ditunaikan keseluruhannya atau sebahagiannya; atau (iii) bahawa pada tarikh permohonan itu, penghakiman itu tidak boleh dikuatkuasakan dengan cara pelaksanaan dalam negara mahkamah asal; atau (b) jika penghakiman itu belum didaftarkan, menunjukkan (sama ada ia boleh didaftarkan atau tidak) bahawa jika ia telah didaftarkan, pendaftaran penghakiman itu akan diketepikan atas permohonan bagi maksud itu atas suatu alasan selain salah satu alasan yang dinyatakan dalam perenggan (a). (3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menghalang mana-mana mahkamah di Malaysia daripada mengiktiraf mana-mana penghakiman sebagai muktamad mengenai apa-apa perkara undang-undang atau fakta yang diputuskan dalamnya jika penghakiman itu akan diiktiraf sedemikian sebelum Akta ini mula berkuat kuasa.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part III β†’

Find Act 99 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next