My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1969

Copyright Act 1969 s 13

Copyright Act 1969 s 13

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 13

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, hakcipta boleh berpindah, sebagaı harta boleh dıalih, melalui pemberian hak, melalui pemberian ber- (puta oerin pan wasiat, atau melalui kuatkuasa undang-undang. (2) Sesuatu pemberian hak atau pemberian berwasiat akan hakcipta boleh dihadkan untuk dipakai bagi setengah-setengah perbuatan sahaja yang pemunya hakcipta itu ada hak mutlak mengawalnya, atau bagi sebahagian tempoh hakcipta itu sahaja atau bagi sesebuah negeri atau kawasan dunia tertentu. (3) Tiada apa-apa pemberian hak akan hakcipta dan tiada apa-apa lesen mutlak bagi melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta boleh berkuatkuasa kecuali dengan bertulis. (4) Sesuatu lesen bukan mutlak bagi melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta boleh diberi dengan bertulis atau dengan lisan, atau boleh difahamkan daripada kelakuan sebagai diberi. (5) Pemberian hak atau lesen yang dibenarkan oleh seorang pemunya hakcipta hendaklah berkuatkuasa seolah-olah diberi oleh pemunya-pemunya bersamanya juga, dan, tertakluk kepada kontrak antara mereka, bayaran yang diterima oleh pemberi itu hendaklah dibahagi-bahagi mengikut equiti antara kesemua pemunya bersama itu. Bagi maksud seksyen-kecil ini orang-orang hendaklah disifatkan sebagai pemunya bersama- (a) jika mereka berkongsi mempunyai kepentingan bersama dalam kesemua sebahagian sesuatu hakcipta; atau IS. 13-14] (b) jika mereka mempunyai kepentingan dalam berbagai-bagai hakcıpta dalam suatu keluaran gabungan, iaitu, suatu keluaran mengandungi dua karya atau lebin. (6) Sesuatu pemberian hak, lesen atau pemberian berwasiat boleh dibenarkan atau dibuat dengan berkesan mengenai sesuatu karya yang akan datang, atau sesuatu karya yang wujud yang hakcipta mengenainya belum lagı wujud, dan hakcıpta yang dıjangka me- ıgenai karya ıtu bolehlah berpındah menurut kuasa undang-undang sebagai harta boleh dialih. (7) Sesuatu pemberian berwasiat akan manuskrip hendaklah, melainkan jika selainnya diperuntukkan oleh wasiat itu, disifatkan sebagai termasuk apa-apa hakcipta atau hakcipta yang dijangka mengenai karya itu yang terletakhak pada si mati.

Read this section in the full act →

Find Act 10 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next