s 33 Voluntary winding up or disposal of shares may be restrained
So long as any estate in respect of which a trust company is trustee shall remain in whole or in part unadministered, it shall not be lawful to proceed to wind up the company voluntarily, unless with the sanction of the Court, and it shall be lawful for any person interested in the estate, or who may have any claim
in respect thereof, to apply to the Court in a summary way by motion to restrain any director or any shareholder from disposing of any shares which the director or shareholder may hold in the company or to restrain the voluntary winding up of the company, and the Court shall have power to make such order as it deems just.
Malay text (authoritative)
Penggulungan sukarela atau pelupusan syer boleh dihalang
Selagi mana-mana estet atau harta pusaka yang berkenaan dengannya suatu syarikat amanah ialah pemegang amanah masih tidak ditadbirkan kesemuanya atau sebahagiannya, maka tidaklah sah untuk terus menggulung syarikat itu secara sukarela, melainkan dengan izin Mahkamah, dan sahlah bagi mana-mana orang yang berkepentingan dalam estet atau harta pusaka itu, atau yang mungkin ada apa-apa tuntutan berkenaan dengannya, memohon kepada
Mahkamah secara terus melalui usul untuk menghalang manamana pengarah atau mana-mana pemegang syer daripada melupuskan apa-apa syer yang mungkin dipegang oleh pengarah atau pemegang syer itu dalam syarikat itu atau untuk menghalang penggulungan sukarela syarikat itu, dan Mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya adil.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).