(1) The Lembaga may, on the advice given by the Investment Panel, invest moneys which are in the Tabung and in the Reserve Fund based on the strategic asset allocation as approved by the Minister and Minister of Finance, to the extent and in the following manner:
(a) by way of deposit in any currency in—
(i) the Central Bank of Malaysia;
(ii) any financial institution licensed under the Financial Services Act 2013 [Act 758];
(iii) any development financial institution as defined under the Development Financial Institutions Act 2002 [Act 618];
(iv) any Islamic bank licensed under the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759]; or
(v) any bank or financial institution established by or under any written law in or outside Malaysia;
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ NOTE—Previously known as the “Official Assignee”—see section 17 of the Bankruptcy (Amendment) Act 2003 [Act A1197] which c.i.f. on 1 October 2003—see P.U. (B) 295/2003.
(b) in money market instruments, including treasury bills, bankers’ acceptance, certificates of deposit and any financial instruments recognized by the relevant regulatory body in any currency;
(c) in bonds, commercial notes, private debt securities, promissory notes and bills of exchange within the meaning of the Bills of Exchange Act 1949 [Act 204] and other negotiable instruments of similar nature on terms remunerative to the Lembaga, in respect of any company or corporation or in respect of any public authority or corporation in which the Federal Government has an interest;
(d) in securities issued or fully guaranteed by any sovereign government, supranational or multilateral organization and includes securities where any sovereign government, supranational or multilateral organization is the obligor;
(e) in securities issued or fully guaranteed by the Government of Malaysia, secured by any sovereign government, supranational or multilateral organization and includes securities where any sovereign government, supranational or multilateral organization is the obligor and any instrument issued by the Central Bank of Malaysia;
(f) in the acquisition or subscription for shares or debentures in any public company whose securities are listed or have been approved for listing on a stock exchange in Malaysia, the issue or sale of which has been approved under the Capital Market and Services Act 2007 [Act 671] or securities in a company which has been approved to be listed in any recognized stock exchange outside Malaysia subject to the listing of such security being approved by law in that foreign jurisdiction;
(g) in the securities of which shall include bonds, notes mortgage papers, commercial notes and other debt instruments of companies or corporations which are not listed and quoted on any stock exchange established in Malaysia and in the securities of companies or corporations which are incorporated in foreign jurisdiction;
(h) in the acquisition of moveable or immovable property and interest therein located in Malaysia or in any foreign jurisdiction;
(i) in the development of buildings and infrastructure located in Malaysia or in any foreign jurisdiction;
(j) in purchasing securities or subscribing to any product for the purpose of hedging or carrying out dealings in any derivatives instruments for the instrument of the Tabung;
(k) in funds domiciled in Malaysia or in any foreign jurisdiction which include segregated mandate which invest in the assets under this section;
(l) in products as approved by the Securities Commission Malaysia or any other relevant regulators in any foreign jurisdiction;
(m) in sale, purchase, repurchase, borrowing or lending, of or other dealings in, currencies or other financial instruments traded in the money market or foreign exchange market for the purpose of exercising investment which has been approved under this section; and
(n) in any other investment with the approval of the Minister and Minister of Finance.
Malay text (authoritative)
Pelaburan oleh Lembaga
(1) Lembaga boleh, atas nasihat yang diberikan oleh Panel Pelaburan, melaburkan wang yang ada dalam Tabung dan dalam Kumpulan Wang Rizab berdasarkan perumpukan aset strategik sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, setakat dan mengikut cara yang berikut:
(a) dengan cara mendepositkan dalam apa-apa mata wang dalam—
(i) Bank Negara Malaysia;
(ii) mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
(iii) mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan [Akta 618];
(iv) mana-mana bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau
(v) mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar Malaysia;
(b) dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan dalam apa-apa mata wang;
(c) dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan Lembaga, berkenaan dengan mana-mana syarikat atau perbadanan atau berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
(d) dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral;
(e) dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia;
(f) dalam pemerolehan atau langganan syer atau debentur dalam mana-mana syarikat awam yang sekuritinya disenaraikan atau telah diluluskan untuk disenaraikan di bursa saham di Malaysia, terbitan atau jualan yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham yang diiktiraf di luar Malaysia tertakluk pada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing itu;
(g) dalam sekuriti yang juga merangkumi bon, nota, kertas gadai janji, nota perdagangan dan lain-lain surat cara hutang syarikat atau perbadanan yang tidak disenaraikan dan disebut dalam mana-mana bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dan dalam sekuriti syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di dalam bidang kuasa asing;
(h) dalam pemerolehan harta alih atau harta tak alih dan kepentingan dalamnya yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(i) dalam pembangunan bangunan dan infrastruktur yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(j) dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif bagi pelaburan Tabung;
(k) dalam dana yang berdomisil di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing yang termasuk mandat berasingan yang melabur dalam aset di bawah seksyen ini;
(l) di dalam produk sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau mana-mana pengawal selia lain yang berkaitan di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(m) dalam penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing bagi maksud menjalankan pelabuhan yang telah diluluskan di bawah seksyen ini; dan
(n) dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.
Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).