My bookmarksSign up free
← Tabung Angkatan Tentera Act 1973

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 s 23

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 s 23

s 23 Lembaga may establish corporation

(1) The Lembaga may from time to time, on the advice given by the Investment Panel and with the approval of the Minister and the concurrence of the Minister of Finance, by order published in the Gazette establish a corporation by such name as the Lembaga may think fit to carry out and have the charge, conduct and management of any project, scheme or enterprise which has been planned or undertaken by the Lembaga in furtherance of its functions under this Act, and the corporation may so do either by itself or by entering into partnership or any arrangement for sharing of profits, co-operation, joint venture or otherwise. (2) Any moneys required for the establishment of a corporation shall be derived from the moneys made available for investment under paragraph 15(1)(a). (3) The provisions of the Third Schedule shall apply to every corporation.

Malay text (authoritative)

Lembaga boleh menubuhkan perbadanan

(1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, atas nasihat yang diberikan oleh Panel Pelaburan dan dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab atas penjagaan, pengelolaan dan pengurusan sesuatu projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga bagi melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, dan perbadanan itu boleh berbuat demikian sama ada dengan sendiri atau dengan membuat perkongsian atau apa-apa perkiraan untuk mendapat bahagian keuntungan, kerjasama, usaha sama atau selainnya. (2) Apa jua wang yang dikehendaki bagi menubuhkan perbadanan hendaklah diperoleh daripada wang yang ada disediakan untuk pelaburan di bawah perenggan 15(1)(a). (3) Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 101 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next