My bookmarksSign up free
← Tabung Angkatan Tentera Act 1973

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 s 3

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 s 3

s 3 The Tabung and its objects

(1) There is established a fund to be known as the “Tabung Angkatan Tentera” (hereinafter referred to as the “Tabung”) for the following purposes: (a) the primary purposes of providing superannuation and other benefits including benefits under the scheme established under section 15A, to persons specified under paragraph (3)(a), and the veteran annuity scheme for the benefit of the persons specified under paragraph (3)(aa); and ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ NOTE—These Ordinances have been repealed by the Armed Forces Act 1972 [Act 77]. (b) the ancillary purposes of promoting the socio-economic development and welfare of persons specified under paragraph (3)(b). (1A) The following shall be paid into the Tabung: (a) all contributions made as hereinafter provided and such other sums as are directed by this Act to be paid into the Tabung; (b) all moneys earned from investment or by the operation of any project, agency, scheme or enterprise financed from the Tabung and the Reserve Fund established under section 11; (bb) an annual grant from the Federal Consolidated Fund for the ancillary purposes and matters related thereto under paragraph (1)(b); (c) all grants, donations, endowment, gifts, loans, contributions and bequests made to or in favour of the Tabung; (d) all sums from time to time falling due to the Tabung in respect of payments of any loan made from the Tabung and the interest payable in respect of any such loan; (e) moneys earned or arising from any property, investment, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Tabung; (f) all other sums which may in any manner become payable to or vested in the Tabung in respect of any matter incidental to its powers and duties. (2) The Tabung may be applied for— (a) withdrawals of deposits with such profits as may be decided by the Lembaga in accordance with the provisions of this Act; (aa) the purchase of units in any unit trust schemes for the benefit of and to be allocated to contributors and the administrative costs and other costs relating to the unit trust benefit as determined by the Lembaga; (b) repayments and interests on borrowings and such other outgoings and expenditure as may be permitted by this Act or any regulations thereunder to be paid out of the Tabung; (ba) payments of death and disablement benefits pursuant to the scheme; (bb) payments of annuities pursuant to the veteran annuity scheme; (bc) the socio-economic activities, welfare programmes and any other activities and benefits which would advance the socio-economic conditions of any retiring personnel or retired personnel or of any designated members of the volunteer forces, including loans to such persons; (bd) defraying the expenditure incurred by the Lembaga or any other body including a corporation established under section 23, charged with the responsibility of undertaking the activities, programmes or benefits mentioned in paragraph (bc); (c) administrative expenses including salaries and termination benefits; (d) other expenses incidental to the management of the Tabung and the functions of the Lembaga including any moneys required to satisfy any judgment, decision or award against the Lembaga, Chairman, any member of the Lembaga, the Investment Panel, any member of the Investment Panel, officer, servant or agent of the Lembaga, by any court or tribunal, in respect of any act, neglect or default done or committed by him in such capacity. (3) For the purpose of this section— (a) superannuation and other benefits including benefits under the scheme established under section 15A shall be given to— (i) servicemen; (iA) officers who contribute to the Tabung; (ii) other members of the regular forces of Malaysia who contribute to the Tabung; and (iii) mobilised members of the volunteer forces who contribute to the Tabung; (aa) benefits under the veteran annuity scheme shall be given to the servicemen referred to in paragraph 15D(1)(a) and officers referred to in paragraph 15D(1)(b); and (b) ancillary benefits shall be given to— (i) retiring personnel or retired personnel of the regular forces of Malaysia; or (ii) designated members of the volunteer forces, as may be determined by the Lembaga. (4) The Lembaga may only apply such moneys from the Tabung for the purposes mentioned in paragraph (1)(b), (2)(bc) and (bd) where the Lembaga has applied the moneys referred to in paragraph (1A)(bb) and where there are sufficient funds to discharge its obligations under section 11.

Malay text (authoritative)

Tabung dan tujuannya

(1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Tabung Angkatan Tentera” ditubuhkan (kemudian daripada ini disebut “Tabung”) bagi maksud yang berikut: (a) bagi maksud utama mengadakan faedah persaraan dan faedah lain termasuk faedah di bawah skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15A, kepada orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(a), dan skim anuiti veteran bagi faedah orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(aa); dan (b) bagi maksud sampingan menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan kebajikan orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(b). (1A) Yang berikut hendaklah dibayar ke dalam Tabung: (a) semua caruman yang dibayar sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan apa-apa jumlah wang lain yang diarahkan oleh Akta ini untuk dibayar ke dalam Tabung; (b) semua wang yang didapati daripada pelaburan atau melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Tabung dan Kumpulan Wang Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 11; (bb) suatu pemberian tahunan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan bagi maksud dan perkara sampingan yang berhubungan dengannya di bawah perenggan (1)(b); (c) semua pemberian, derma, endowmen, hadiah, pinjaman, caruman dan bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah Tabung; (d) semua jumlah wang yang dari semasa ke semasa genap masanya dibayar kepada Tabung berkenaan dengan pembayaran bagi apa-apa pinjaman yang telah diberikan daripada Tabung dan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman itu; (e) wang yang didapati atau timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Tabung; (f) semua jumlah wang lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada Tabung berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya. (2) Tabung boleh digunakan bagi— (a) pengeluaran deposit dengan apa-apa keuntungan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini; (aa) pembelian unit dalam mana-mana skim amanah saham bagi faedah dan untuk diperuntukkan kepada pencarum dan kos pentadbiran dan kos lain yang berhubungan dengan faedah unit amanah itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (b) pembayaran balik dan bunga atas peminjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan di bawahnya supaya dibayar daripada Tabung itu; (ba) pembayaran faedah kematian dan hilang upaya menurut skim itu; (bb) pembayaran anuiti menurut skim anuiti veteran; (bc) aktiviti sosioekonomi, program kebajikan dan apa-apa aktiviti dan faedah lain yang boleh meningkatkan keadaan sosioekonomi mana-mana personel akan bersara atau personel bersara, atau mana-mana anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, termasuk pinjaman kepada orang itu; (bd) membiayai perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga atau mana-mana badan lain termasuk suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23, yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti, program atau faedah yang disebut dalam perenggan (bc); (c) perbelanjaan pentadbiran termasuk gaji dan faedah penamatan; (d) perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pengurusan Tabung dan fungsi Lembaga termasuk apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award yang diberikan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, Pengerusi, mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan, mana-mana ahli Panel Pelaburan, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya sedemikian. (3) Bagi maksud seksyen ini— (a) faedah persaraan dan faedah lain termasuk faedah di bawah skim yang diwujudkan di bawah seksyen 15A hendaklah diberikan kepada— (i) askar-lasykar; (iA) pegawai yang mencarum kepada Tabung; (ii) anggota lain dalam angkatan tetap Malaysia yang mencarum kepada Tabung; dan (iii) anggota-anggota kerahan angkatan sukarela yang mencarum kepada Tabung; (aa) faedah di bawah skim anuiti veteran hendaklah diberikan kepada askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15D(1)(a) dan pegawai yang disebut dalam perenggan 15D(1)(b); dan (b) faedah sampingan hendaklah diberikan kepada— (i) personel akan bersara atau personel bersara angkatan tetap Malaysia; atau (ii) anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, yang ditentukan oleh Lembaga. (4) Lembaga hanya boleh menggunakan apa-apa wang daripada Tabung bagi maksud yang disebut dalam perenggan (1)(b), (2)(bc) dan (bd) jika Lembaga telah menggunakan wang yang disebut dalam perenggan (1A)(bb) dan jika terdapat jumlah wang yang mencukupi untuk menunaikan obligasinya di bawah seksyen 11.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 101 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next