Tabung Angkatan Tentera Act 1973 s 2
s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“ancillary benefits”, in relation to designated members of the volunteer forces, means socio-economic development or welfare programmes, activities or benefits or other benefits provided for such members;
“company” means a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777], a trust company registered under the Trust Companies Act 1949 [Act 100] or any company incorporated under any written law of a foreign jurisdiction;
“contributor” means a person who is contributing to the Tabung and includes a person who has ceased to contribute but has not withdrawn his whole contribution from that Tabung;
“corporation” means a corporation established under section 23;
“designated members of the volunteer forces” means those mobilised members of the volunteer forces who on or after 1 August 1972 have served for a period of nine consecutive years and who are eligible, subject to such conditions as are imposed in any regulation relating to the ancillary benefits, to be considered for such ancillary benefits under this Act or any regulation made under this Act;
“Investment Panel” means the Investment Panel established under section 6;
“Lembaga” means the Lembaga Tabung Angkatan Tentera established under section 4;
“mobilised members of the volunteer forces” means those members of the volunteer forces who—
(a) are or have been called out for full time service under section 202 of the Armed Forces Act 1972 [Act 77]; or
(b) are or have been attached to the regular forces under subsection 201(3) of the Armed Forces Act 1972;
“pension” means a pension granted under any written law providing for pension for members of the regular forces of Malaysia;
“retired personnel” means an officer or a serviceman who has retired or has been discharged or who has terminated or completed his services with the regular forces of Malaysia;
“retiring personnel” means an officer or a serviceman who is about to retire or is about to be discharged or whose services with the regular forces of Malaysia is about to be terminated or completed;
“serviceman” means any person, other than an officer, who is enlisted in the regular forces of Malaysia;
“Tabung” means the Tabung Angkatan Tentera established under section 3;
“unit trust benefit” means the benefit provided for in section 15C;
“veteran annuity scheme” means the scheme established under section 15D for the payments of annuities;
“volunteer forces” has the meaning assigned to it in section 2 of the Armed Forces Act 1972 and includes the armed forces raised under the Territorial Army Ordinance 1958 [Ord. 52 of 1958], the *Naval
Volunteer Reserve Ordinance 1958 [Ord. 55 of 1958] and the *Air Force Volunteer Reserve Ordinance 1958 [Ord. 58 of 1958] and deemed to be raised under the Armed Forces Act 1972.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela” ertinya anggota kerahan angkatan sukarela yang pada atau selepas 1 Ogos 1972 telah berkhidmat selama tempoh sembilan tahun berturut-turut dan yang layak, tertakluk pada syarat yang dikenakan dalam mana-mana peraturan yang berhubungan dengan faedah sampingan, untuk dipertimbangkan bagi faedah sampingan itu di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota kerahan angkatan sukarela” ertinya anggota angkatan sukarela yang—
(a) sedang atau telah dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa di bawah seksyen 202 Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77]; atau
(b) sedang atau telah dipertugaskan kepada angkatan tetap di bawah subseksyen 201(3) Akta Angkatan Tentera 1972;
“angkatan sukarela” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Angkatan Tentera 1972 dan termasuk angkatan tentera yang ditubuhkan di bawah Ordinan Askar Wataniah 1958 [Ord. 52 tahun 1958], *Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Laut 1958 [Ord. 55 tahun 1958] dan *Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Udara 1958 [Ord. 58 tahun 1958] dan disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972;
“askar-lasykar” ertinya, mana-mana orang selain seseorang pegawai, yang didaftarkan dalam angkatan tetap Malaysia;
“faedah sampingan”, berhubung dengan anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, ertinya pembangunan sosioekonomi atau rancangan, aktiviti atau faedah kebajikan atau faedah-faedah lain yang diperuntukkan bagi anggota itu;
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77].
“faedah unit amanah” ertinya faedah yang baginya peruntukan dibuat dalam seksyen 15C;
“Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“Panel Pelaburan” ertinya Panel Pelaburan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“pencarum” ertinya seseorang yang mencarum kepada Tabung dan termasuklah seseorang yang telah berhenti daripada mencarum tetapi belum mengeluarkan kesemua carumannya daripada Tabung itu;
“pencen” ertinya pencen yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan pencen bagi anggota angkatan tetap Malaysia;
“perbadanan” ertinya suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;
“personel akan bersara” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar-lasykar yang hampir akan bersara atau hampir akan diberhentikan atau yang perkhidmatannya dengan angkatan tetap Malaysia hampir akan ditamatkan atau genap tempoh;
“personel bersara” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar- lasykar yang telah bersara atau telah diberhentikan atau yang telah menamatkan atau genap tempoh perkhidmatannya dengan angkatan tetap Malaysia;
“skim anuiti veteran” ertinya skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15D bagi pembayaran anuiti;
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], suatu syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] atau mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berbidang kuasa asing;
“Tabung” ertinya Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.
Read this section in the full act → · Open Part I →
Find Act 101 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).