s 9 Contribution of servicemen
(1) There shall be deducted from the monthly salary of a serviceman who does not qualify for pension an amount equal to ten per centum of such salary calculated to the nearest five sen, as his contribution to the Tabung. The amount of the contribution shall be credited to the account of the serviceman.
(1A) A serviceman may also request a further deduction exceeding ten per centum of his monthly salary as may be determined by the serviceman as his contribution to the Tabung and the amount of the contribution shall be credited to the account of the serviceman.
(2) In respect of every contribution made under subsections (1) and (1A), there shall be paid to the Tabung from the Consolidated Fund to the credit of the servicemanβs account an amount equal to fifteen per centum of his monthly salary, calculated to the nearest five sen.
(3) Where a serviceman qualifies for pensionβ
(a) the deduction of his salary under subsections (1) and (1A) shall continue to be made until he is discharged from service with the regular forces of Malaysia;
(b) the payment under subsection (2) shall cease to be made in respect of the contribution made under paragraph (a); and
(c) all payments made under subsection (2) which are still standing to the credit of the servicemanβs account shall be withdrawn and credited into the Consolidated Fund.
(4) Where a serviceman who has not qualified for pension is granted a disability pension or a disability gratuity pursuant to any law for the time being in force relating to pension, gratuity or other benefits applicable to regular forces, he shall also be eligible to be paid, in addition to his contributions to the Tabung under subsections (1) and (1A), all payments made under subsection (2) standing to the credit of his account.
(5) Where a serviceman is promoted to an officer, the deduction of his salary under subsections (1) and (1A) shall cease and shall continue under section 9A.
Malay text (authoritative)
Caruman askar-lasykar
(1) Hendaklah dipotong daripada gaji bulanan seseorang askarlasykar yang tidak berkelayakan untuk pencen suatu amaun yang sama banyaknya dengan sepuluh peratus daripada gaji itu yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali sebagai carumannya pada Tabung. Amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun askar-lasykar itu.
(1A) Seorang askar-lasykar boleh juga memohon suatu pemotongan lanjut melebihi sepuluh peratus daripada gaji bulanannya sebagaimana yang ditentukan oleh askar-lasykar itu sebagai carumannya kepada Tabung dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun askar-lasykar itu.
(2) Berkenaan dengan tiap-tiap caruman yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (1A), hendaklah dibayar kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi kredit akaun askar-lasykar itu suatu
amaun yang sama banyaknya dengan lima belas peratus daripada gaji bulanannya yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali.
(3) Jika seseorang askar-lasykar berkelayakan untuk pencenβ
(a) potongan gajinya di bawah subseksyen (1) dan (1A) hendaklah terus dibuat sehingga dia diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia;
(b) pembayaran di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada dibuat berkenaan dengan caruman yang dibuat di bawah perenggan (a); dan
(c) segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang masih ada pada kredit akaun askarlasykar itu hendaklah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(4) Jika seseorang askar-lasykar yang belum berkelayakan untuk pencen diberikan pencen hilang upaya atau ganjaran hilang upaya menurut mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pencen, ganjaran dan faedah lain yang terpakai bagi angkatan tetap, dia juga layak dibayar, selain carumannya kepada Tabung di bawah subseksyen (1) dan (1A), segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang ada dalam kredit akaunnya.
(5) Jika seseorang askar-lasykar dinaikkan pangkat menjadi pegawai, pemotongan gajinya di bawah subseksyen (1) dan (1A) hendaklah terhenti dan hendaklah diteruskan di bawah seksyen 9A.
Read this section in the full act β Β· Open Part II β
Find Act 101 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).