My bookmarksSign up free
← Tabung Angkatan Tentera Act 1973

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 Third Schedule

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 Third Schedule

Third Schedule THIRD SCHEDULESupplementary

[Section 23] 1. The Lembaga shall in the order by which a corporation is established make provision in respect of any or all of the following matters: (a) the purposes of and objects for the establishment of the corporation; (b) the rights, powers, duties and functions of the corporation, including its power to borrow; (c) the management of the corporation; (d) the proceedings and meetings of the corporation, including the quorum required for, and the manner of voting at, meetings; (e) the finances of the corporation, the accounts to be kept and the audit of the accounts; (f) the terms and conditions of service of officers and servants of the corporation; and (g) the relations between the corporation and the Lembaga and the Lembaga’s rights of control over the corporation. 2. Subject to the provisions of this Act, the provisions of the order establishing a corporation shall be binding on it. 3. The Lembaga may at any time with the approval of the Minister and the concurrence of the Minister of Finance amend the order establishing a corporation. 4. (1) The Lembaga may with the approval of the Minister and the concurrence of the Minister of Finance by order published in the Gazette direct that any corporation established by it shall be wound up and dissolved in such manner as may be specified by the Lembaga. (2) Upon the dissolution of a corporation, its assets after payment of all liabilities shall be transferred to and shall vest in the Lembaga. (3) The extent of the liability of a corporation to its creditors shall be limited to the value of its assets at the time the order directing its winding up and dissolution comes into force. (4) The Lembaga shall not be called upon at any time to meet the liabilities of a corporation in the event that the assets of the corporation are insufficient to meet its liabilities. 5. Every corporation shall be a body corporate and shall have perpetual succession and a common seal and may sue and be sued in its name, and may enter into contracts and may hold and deal in or with any immovable or movable property and may do all other matters and things incidental or appertaining to a body corporate not inconsistent with the provisions of this Act and subject to such restrictions or limitations as the Lembaga may impose in each case. 6. (1) Every corporation shall have a common seal which shall bear such impression as the corporation, with the approval of the Lembaga, may approve, and such seal may from time to time be broken, changed, altered or made anew as the corporation shall think fit. (2) Until a seal is approved under this paragraph, a stamp bearing the name of the corporation encircling the letters “LTAT” may be used as a common seal. (3) The common seal, or the stamp referred to in subparagraph (2), shall be in the custody of, and shall be authenticated by, such persons as the corporation shall direct; and all deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the seal, authenticated as aforesaid, shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed: Provided that any document or instrument which if executed by a person not being a body corporate would not be required to be under seal may in like manner be executed by the corporation; and any such document or instrument may be executed on behalf of the corporation by any officer or servant of the corporation generally or specially authorized by the corporation in that behalf. (4) The seal of every corporation shall be officially and judicially noticed. LAWS OF MALAYSIA TABUNG ANGKATAN TENTERA ACT 1973

Malay text (authoritative)

JADUAL KETIGA

[Seksyen 23] 1. Lembaga hendaklah melalui perintah yang sesuatu perbadanan ditubuhkan membuat peruntukan berkenaan dengan mana-mana atau semua perkara yang berikut: (a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu, termasuk kuasanya untuk meminjam; (c) pengurusan perbadanan itu; (d) penjalanan dan mesyuarat perbadanan itu, termasuk kuorum yang dikehendaki bagi mesyuarat dan cara mengundi di mesyuarat; (e) hal kewangan perbadanan itu, akaun yang dikehendaki disimpan dan pengauditan akaun itu; (f) terma dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat perbadanan itu; dan (g) perhubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak Lembaga bagi mengawal perbadanan itu. 2. Tertakluk pada peruntukan Akta ini, peruntukan perintah yang menubuhkan sesuatu perbadanan hendaklah mengikat perbadanan itu. 3. Lembaga boleh pada bila-bila masa dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan meminda perintah yang menubuhkan sesuatu perbadanan. 4. (1) Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan bahawa mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya hendaklah digulung dan dibubarkan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan oleh Lembaga. (2) Apabila sesuatu perbadanan dibubarkan, asetnya hendaklah dipindahkan dan diletakhakkan pada Lembaga setelah segala tanggungan dijelaskan. (3) Takat tanggungan sesuatu perbadanan kepada pemiutangnya hendaklah dihadkan kepada nilai asetnya pada masa mula berkuat kuasanya perintah yang mengarahkan perbadanan itu digulung atau dibubar. (4) Lembaga tidak boleh pada bila-bila masa diminta menjelaskan tanggungan sesuatu perbadanan sekiranya aset perbadanan itu tidak cukup untuk menjelaskan tanggungannya. 5. Tiap-tiap perbadanan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya, dan boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan berniaga atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk pada apa-apa sekatan atau batasan yang dikenakan oleh Lembaga dalam setiap hal. 6. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu cap yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah, atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu. (2) Sehingga suatu meterai diluluskan di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan yang melingkungi huruf “LTAT” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan. (3) Meterai perbadanan itu, atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan itu dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara demikian itu juga oleh perbadanan itu; dan apa-apa dokumen atau surat cara yang demikian itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (4) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

Read this section in the full act →

Find Act 101 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next