[Section 6]
1. (Deleted by Act A1668).
(2) A member of the Investment Panel shall vacate his office if he fails to attend three consecutive meetings of that Panel without the permission in writing of the Chairman of the Investment Panel.
2. The Chairman and two other members of the Investment Panel shall form a quorum at any meeting of that Panel.
2A. The Chairman or, in his absence, the member elected by the members of the Investment Panel present shall preside over the meetings of the Investment Panel.
3. The Investment Panel shall meet as and when required.
4. There may be paid to each member of the Investment Panel out of the Tabung such allowances, including travelling and subsistence allowances, as the Lembaga may from time to time determine subject to such limits and conditions as the Minister may impose.
5. If any member of the Investment Panel is financially interested in any scheme, project or enterprise undertaken or is recommended by the Investment Panel to be undertaken by the Lembaga, he shall forthwith declare to the Lembaga in writing the nature and extent of his interest in such scheme, project or enterprise and of any subsequent change in the nature or extent of his interest therein.
Malay text (authoritative)
JADUAL KEDUA
[Seksyen 6]
1. (Dipotong oleh Akta A1668).
(2) Seseorang anggota Panel Pelaburan hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri mesyuarat Panel itu tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi Panel Pelaburan.
2. Pengerusi dan dua orang anggota lain Panel Pelaburan itu hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Panel itu.
2A. Pengerusi atau, jika ketiadaannya, anggota yang dipilih oleh anggota Panel Pelaburan yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat Panel Pelaburan itu.
3. Panel Pelaburan hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh Lembaga.
4. Bolehlah dibayar kepada setiap seorang anggota Panel Pelaburan daripada Tabung itu apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun hidup, yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk pada apa-apa had dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.
5. Jika mana-mana anggota Panel Pelaburan mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam apa-apa skim, projek atau perusahaan yang diusahakan atau disyorkan oleh Panel Pelaburan untuk diusahakan oleh Lembaga, anggota itu hendaklah dengan serta-merta menyatakan kepada Lembaga secara bertulis jenis dan takat kepentingannya dalam skim, projek atau perusahaan itu dan apa-apa perubahan kemudiannya mengenai jenis dan takat kepentingannya dalam skim, projek atau perusahaan itu.
Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).