My bookmarksSign up free
← Tabung Angkatan Tentera Act 1973

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 First Schedule

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 First Schedule

First Schedule FIRST SCHEDULESupplementary

[Section 4] 1. (1) The Chairman and other members of the Lembaga appointed under paragraph 4(3)(d) (other than the Chief of Defence Forces) and (e) shall serve for such period, not exceeding three years, as may be specified in their letters of appointment and they shall be eligible for reappointment. (2) Every member shall be eligible for reappointment. 2. The appointment of the Chief of Defence Forces shall be by virtue of his office. 3. If the Chairman is unable to exercise his functions under this Act owing to illness, absence from Malaysia or for any other cause whatsoever, his functions shall be exercised by the Deputy Chairman. 4. (1) The Lembaga shall meet at least once in every six months. (2) The Chairman or any member presiding in the absence of the Chairman and three other members shall form a quorum at any meeting of the Lembaga. (3) ln the event of the votes on any question being equal, the Chairman or the member presiding shall have the casting vote in addition to his original vote. (4) Subject to subparagraphs (1), (2) and (3) the Lembaga may make its own procedure. 5. (1) The common seal of the Lembaga shall bear such impression as the Lembaga may approve and such seal may from time to time be broken, changed, altered or made anew by the Lembaga as it may think fit. (2) Until a seal is provided by the Lembaga a stamp bearing the description β€œLembaga Tabung” may be used and shall be deemed to be the common seal. (3) The common seal or the stamp under subparagraph (2) shall be kept in the custody of the Chairman and shall be authenticated by him or by any officer authorized by the Lembaga in writing; and all deeds, documents, and other instruments purporting to be sealed with the said seal authenticated as aforesaid, shall until the contrary is proved be deemed to have been validly executed: Provided that any document or instrument which if executed by a person not being a body corporate would not be required to be under seal may in like manner be executed by the Lembaga; and any such document or instrument may be executed on behalf of the Lembaga by any officer or servant of the Lembaga generally or specially authorized by the Lembaga in that behalf. (4) The seal of the Lembaga shall be officially and judicially noticed. 6. There may be paid to each member of the Lembaga out of the Tabung such allowances, including travelling and subsistence allowances, as the Lembaga may from time to time determine subject to such limits and conditions as the Minister may impose. 7. (1) Any member of the Lembaga who has or acquires, directly or indirectly, by himself, his partner or agentβ€” (a) any share or interestβ€” (i) in any contract made with the Lembaga; (ii) in any work done for the Lembaga; or (iii) in any company or firm or in respect of any undertaking with which the Lembaga proposes to enter into a contract; or (b) any beneficial interest in land proposed to be acquired, purchased, leased or otherwise dealt with by the Lembaga, shall declare the nature and extent of his share or interest to the Lembaga. (2) The declaration required to be made by a member under subparagraph (1) shall be made at a meeting of the Lembaga at which any question relating to such contract, acquisition, purchase, lease, dealing, project or scheme is first taken into consideration or at the earliest opportunity, after acquisition of such share or interest. (3) For the purposes of this paragraph, a general notice given to the other members by a member to the effect that he is a member of any specified company or firm and is to be regarded as interested in any contract which may, after the date of the notice, be made with or by that company or firm, shall be deemed to be a sufficient declaration of interest in relation to any contract so made: Provided that such notice shall be of no effect unless either it is given at a meeting of the Lembaga or the member concerned takes reasonable steps to ensure that it is brought up and read at the next meeting of the Lembaga after it is given. (4) Every declaration made in pursuance of this paragraph shall be recorded in the minutes of the meeting at which it is made or read. (5) A member shall not vote upon any resolution or question relating to any contract, acquisition, purchase, lease, dealing, project or scheme in which he has any share or interest, whether or not he has declared the same, nor shall he take part in any deliberation (except by the invitation of the Lembaga) or decision relating thereto or to any matter incidental thereto, and if he shall do so his vote shall not be counted, nor shall he be counted in the quorum present at the meeting for the purpose of such resolution or question.

Malay text (authoritative)

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 4] 1. (1) Pengerusi dan anggota lain Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(3)(d) (selain Panglima Angkatan Tentera) dan (e) hendaklah berkhidmat bagi apa-apa tempoh, yang tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka dan mereka adalah layak untuk dilantik semula. (2) Tiap-tiap anggota adalah layak dilantik semula. 2. Pelantikan Panglima Angkatan Tentera adalah oleh sebab jawatannya. 3. Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah Akta ini kerana sakit, tidak berada di Malaysia atau kerana apa-apa jua sebab lain, fungsinya hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengerusi. 4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan. (2) Pengerusi atau mana-mana anggota yang bertugas sebagai pengerusi semasa Pengerusi tidak ada dan tiga orang anggota lain hendaklah membentuk kuorum di mana-mana mesyuarat Lembaga. (3) Sekiranya bilangan undi atas apa-apa soal adalah sama banyak, Pengerusi atau anggota yang bertugas sebagai pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya. (4) Tertakluk pada subperenggan (1), (2) dan (3) Lembaga boleh membuat tatacaranya sendiri. 5. (1) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mengandungi suatu cap yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap mengandungi perkataan β€œLembaga Tabung” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga. (3) Meterai perbadanan atau cap di bawah subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga dengan cara demikian itu juga; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu. (4) Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. 6. Bolehlah dibayar kepada setiap seorang anggota Lembaga daripada Tabung itu apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun hidup, yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk pada apa-apa had dan syarat yang dikenakan oleh Menteri. 7. (1) Mana-mana anggota Lembaga yang mempunyai atau yang memperoleh secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendiri, melalui pekongsinya atau melalui ejennyaβ€” (a) apa-apa syer atau kepentinganβ€” (i) dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan Lembaga; (ii) dalam apa-apa kerja yang dibuat untuk Lembaga; atau (iii) dalam mana-mana syarikat atau firma atau berkenaan dengan apa- apa perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat suatu kontrak; atau (b) apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajak atau dengan selainnya dibuat apa-apa urusan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga. (2) Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat pada mesyuarat Lembaga tentang apa-apa soal yang berhubungan dengan kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim itu pertamanya dipertimbangkan, atau dengan seberapa segera yang boleh, selepas memperoleh sesuatu syer atau kepentingan itu. (3) Bagi maksud perenggan ini, suatu notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah seorang anggota mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira sebagai mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang boleh, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan kepentingan yang cukup berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian: Dengan syarat bahawa notis itu tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika sama ada notis itu diberikan pada sesuatu mesyuarat Lembaga atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga yang berikutnya selepas ia diberikan. (4) Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut perenggan ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca. (5) Seseorang anggota tidak boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa-apa kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim yang mengenainya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia telah mengisytiharkannya, dan juga dia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali atas jemputan Lembaga) atau keputusan yang berhubungan dengannya atau dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika dia berbuat demikian undinya tidak boleh dikira, dan juga dia tidak boleh dikira sebagai ada dalam kuorum yang hadir di mesyuarat itu bagi maksud ketetapan atau soal itu.

Read this section in the full act β†’

Find Act 101 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next