LawPlayer
My bookmarks
← Notaries Public Act 1959

Notaries Public Act 1959 s 3

Notaries Public Act 1959 s 3

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

Act no.
Act 115
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Notaries Public Act 1959 [Act 115], s 3

s 3 Undang-Undang Malaysia Aktл 115 Pelantikan notari awam

(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Peguam Negara boleh, dari semasa ke semasa, melantik orang yang layak dan sesuai menjadi notari awam untuk menjalankan amalan, di dalam Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak atau mana-mana bahagian daripada wilayah itu bagi apa-apa tempoh sebagai mana yang dinyatakan dalam pelantikan itu. (1A) Walau apa pun mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, jika mana-mana orang telah dilantik menjadi notari awam sebelum subseksyen ini mula berkuat kuasa dan tiada tempoh dinyatakan dalam pelantikan itu, pelantikan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila tamat tempoh dua tahun dari tarikh subseksyen ini mula berkuat kuasa. (1b) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1A) boleh ditafsirkan sebagai menghalang pelantikan semula di bawah subseksyen (1) mana-mana orang yang pelantikannya telah terhenti berkuat kuasa menurut subseksyen (1A), dan tiap-tiap pelantikan semula sedemikian hendaklah disifatkan sebagai suatu pelantikan baru. (2) Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi notari awam melaınkan jıka dıa seorang peguam bela pengamal atau seorang plider yang dilesenkan di bawah Enakmen Plider dan Penulis Petisyen Negerı Terengganu [Ir. J9 tahun 1336] dan yang telah dılesenkan sedemikian sebelum 1 Januari 1956: Dengan syarat bahawa di mana-mana tempat yang tidak ada peguam bela yang sesuai untuk dilantik, Peguam Negara boleh, menurut budi bicaranya, melantik seseorang pegawai awam menjadi notari awam, dan apa-apa fi yang diterima oleh pegawai awam yan dilantik sedemikian berkenaan dengan fungsinya sebagai notar awam hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. (3) Peguam Negara tidak boleh membuat apa-apa pelantikan di bawah seksyen in1 tanpa berundıng dengan Majlis Peguam atau, berhubung dengan Sabah atau Sarawak, tanpa berunding dengan Peguam Besar Negeri. (4) Apabila membuat apa-apa pelantikan di bawah seksyen ini Peguam Negara hendaklah mengambil perhatian bilangan notari awam yang sedia ada menjalankan amalan di tempat pemohon bercadang untuk menjalankan amalan dan kepada kemudahan *CATATAN-Bagi pemakaian ke Sabah dan Sarawak-lihar L.N. 98/1965. Notari Awam penduduk tempat itu, tetapi, tertakluk kepada apa yang disebut terdahulu, Peguam Negara hendaklah mempunyai budi bicara mutlak dalam membuat atau enggan membuat apa-apa pelantikan sedemikian dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusannya. (5) Jika ternyata pada Peguam Negara atau, jika tempat amalan di Sabah atau Sarawak, pada Peguam Besar Negeri, bahawa manamana notari awam hampir akan meninggalkan tempat amalannya bagi tempoh yang melebihi satu bulan, Peguam Negara atau Peguam Besar Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melantik mana-mana orang, yang menjadi peguam bela pengamal, menjadi notari awam untuk sementara semasa ketiadaan notari awam itu. (6) Tiada pelantikan sementara notari awam boleh berkuat kuasa bagi tempoh yang lebih daripada dua belas bulan dan mana-mana pelantikan sedemikian hendaklah luput dengan kematian atau kembalinya ke tempat amalannya notari awam yang kerana pemergiannya pelantikan itu dibuat. (7) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) atau (5) dan keluputan tiap-tiap pelantikan sementara di bawah subseksyen (6) hendaklah disiarkan dalam Warta. Keistimewaan notari awam

Read this section in the full act →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Notaries Public Act 1959, s 3 is headed “Undang-Undang Malaysia Aktл 115 Pelantikan notari awam” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Version
The text of Notaries Public Act 1959 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Notaries Public Act 1959, s 3 is s 2.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Notaries Public Act 1959, s 3 is s 4.
Synced
LawPlayer last synced the text of Notaries Public Act 1959 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Notaries Public Act 1959, s 3 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next