My bookmarksSign up free
← Specific Relief Act 1950

Specific Relief Act 1950 s 11

Specific Relief Act 1950 s 11

s 11 Cases in which specific performance enforceable

(1) Except as otherwise provided in this Chapter, the specific performance of any contract may, in the discretion of the court, be enforced— (a) when the act agreed to be done is in the performance, wholly or partly, of a trust; A holds certain stock in trust for B. A wrongfully disposes of the stock. The law creates an obligation on A to restore the same quantity of stock to B, and B may enforce specific performance of this obligation. (b) when there exists no standard for ascertaining the actual damage caused by the non-performance of the act agreed to be done; A agrees to buy, and B agrees to sell, a picture by a dead painter and two rare China vases. A may compel B specifically to perform this contract, for there is no standard for ascertaining the actual damage which would be caused by its non-performance. (c) when the act agreed to be done is such that pecuniary compensation for its non-performance would not afford adequate relief; or (a) A contracts with B to sell him a house for RM1,000. B is entitled to a decree directing A to convey the house to him, he paying the purchasemoney. (b) In consideration of being released from certain obligations imposed on it by its Act of incorporation, a railway company contracts with Z to make an archway through their railway to connect lands of Z served by the railway, to construct a road between certain specified points, to pay a certain annual sum towards the maintenance of this road, and also to construct a siding and a wharf as specified in the contract. Z is entitled to have this contract specifically enforced, for his interest in its performance cannot be adequately compensated for by money; and the court may appoint a proper person to superintend the construction of the archway, road, siding, and wharf. (c) A contracts to sell, and B contracts to buy, a certain number of railway-shares of a particular description. A refuses to complete the sale. B may compel A specifically to perform this agreement, for the shares are limited in number and not always to be had in the market, and their possession carries with it the status of a shareholder, which cannot otherwise be procured. (d) A contracts with B to paint a picture for B, who agrees to pay therefor RM1,000. The picture is painted. B is entitled to have it delivered to him on payment or tender of the RM1,000. (d) when it is probable that pecuniary compensation cannot be got for the non-performance of the act agreed to be done. A transfers without endorsement, but for valuable consideration, a promissory note to B. A becomes insolvent, and C is appointed his assignee. B may compel C to endorse the note, for C has succeeded to A’s liabilities and a decree for pecuniary compensation for not endorsing the note would be fruitless. (2) Unless and until the contrary is proved, the court shall presume that the breach of a contract to transfer immovable property cannot be adequately relieved by compensation in money, and that the breach of a contract to transfer movable property can be thus relieved.

Malay text (authoritative)

Kes yang baginya pelaksanaan spesifik boleh dikuatkuasakan

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Bab ini, pelaksanaan spesifik mana-mana kontrak boleh, atas budi bicara mahkamah, dikuatkuasakan— (a) apabila perbuatan yang dipersetujui dilakukan itu bagi pelaksanaan secara keseluruhannya atau sebahagiannya, sesuatu amanah; A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu. Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama kepada B, dan B boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kewajipan ini. (b) apabila tiada standard yang wujud bagi menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui supaya dilakukan; A bersetuju membeli, dan B bersetuju menjual, suatu gambar yang dilukis oleh seorang pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luarbiasa dari negeri China. A boleh memaksa B secara spesifik untuk melaksanakan kontrak ini, kerana tiada standard untuk menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaannya. (c) apabila perbuatan yang dipersetujui supaya dilakukan adalah sedemikian yang pampasan kewangan bagi ketidaklaksanaannya tidak dapat memberikan relief yang memadai; atau (a) A berkontrak dengan B untuk menjual kepada B sebuah rumah dengan harga RM1,000. B berhak kepada suatu dekri yang mengarahkan A supaya memindahhak rumah itu kepadanya, dan dia membayar wang pembelian itu. (b) Sebagai balasan bagi pelepasan daripada kewajipan tertentu yang dikenakan ke atasnya oleh Akta pemerbadanannya, suatu syarikat kereta api berkontrak dengan Z untuk membuat suatu pintu gerbang melalui landasan kereta api syarikat itu untuk menyambungkan tanah Z yang terdapat perkhidmatan kereta api itu, untuk membina suatu jalan di antara beberapa tempat tertentu, untuk membayar jumlah wang tahunan yang tertentu bagi penyenggaraan jalan ini, dan juga untuk membina suatu jalan tepi dan dermaga sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak. Z berhak untuk menguatkuasakan kontrak ini secara spesifik kerana kepentingannya dalam pelaksanaan kontrak ini tidak dapat diberi pampasan yang mencukupi dengan wang; dan mahkamah boleh melantik seseorang yang sesuai untuk mengawasi pembinaan pintu gerbang, jalan, jalan tepi dan dermaga itu. (c) A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli, bilangan tertentu syer kereta api yang berperihalan tertentu. A enggan menyempurnakan jualan itu. B boleh memaksa A secara spesifik untuk melaksanakan perjanjian ini, kerana syer itu terhad bilangannya dan tidak selalu ada dalam pasaran, dan milikannya membawa bersamanya status seorang pemegang syer, yang tidak boleh diperoleh selainnya. (d) A berkontrak dengan B untuk melukis sekeping gambar untuk B, yang bersetuju untuk membayar A sebanyak RM1,000. Gambar itu dilukiskan. B berhak supaya gambar itu dihantarserahkan kepadanya atas bayaran atau tender sebanyak RM1,000 itu. (d) apabila berkemungkinan bahawa pampasan kewangan tidak boleh didapati bagi ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui untuk dilakukan itu. A memindahkan tanpa pengendorsan, tetapi dengan balasan berharga, suatu nota janji hutang kepada B. A menjadi tidak solven, dan C dilantik menjadi pemegang serah haknya. B boleh memaksa C supaya mengendorskan nota itu, kerana C telah menggantikan liabiliti A dan suatu dekri bagi pampasan kewangan kerana tidak mengendorskan nota itu akan menjadi sia-sia. (2) Melainkan jika dan sehingga dibuktikan selainnya, mahkamah hendaklah menganggap bahawa kemungkiran sesuatu kontrak untuk memindah milik harta tak alih tidak boleh direliefkan dengan secukupnya dengan pampasan dalam bentuk wang, dan bahawasanya kemungkiran sesuatu kontrak untuk memindahkan hakmilik harta alih itu boleh diberikan relief.

Read this section in the full act → · Open Chapter II →

Find Act 137 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next