My bookmarksSign up free
← Specific Relief Act 1950

Specific Relief Act 1950 s 25

Specific Relief Act 1950 s 25

s 25 Non-enforcement except with variation

Where a plaintiff seeks specific performance of a contract in writing, to which the defendant sets up a variation, the plaintiff cannot obtain the performance sought, except with the variation so set up, in the following cases, namely: (a) where by fraud or mistake of fact the contract of which performance is sought is in terms different from that which the defendant supposed it to be when he entered into it; (b) where by fraud, mistake of fact, or surprise the defendant entered into a contract under a reasonable misapprehension as to its effect as between himself and the plaintiff; (c) where the defendant, knowing the terms of the contract and understanding its effect, has entered into it relying upon some misrepresentation by the plaintiff, or upon some stipulation on the plaintiff’s part, which adds to the contract, but which he refuses to fulfil; (d) where the object of the parties was to produce a certain legal result, which the contract as framed is not calculated to produce; and (e) where the parties have, subsequently to the execution of the contract, contracted to vary it. (a) A, B, and C sign a writing by which they purport to contract each to enter into a bond to D for RM1,000. In a suit by D, to make A, B and C separately liable each to the extent of RM1,000, they prove that the word “each” was inserted by mistake; that the intention was that they should give a joint bond for RM1,000. D can obtain the performance sought only with the variation thus set up. (b) A contracts in writing to let to B a wharf, together with a strip of A’s land delineated in a map. Before signing the contract, B proposed orally that he should be at liberty to substitute for the strip mentioned in the contract another strip of A’s land of the same dimensions, and to this A expressly assented. B then signed the written contract, A cannot obtain specific performance of the written contract, except with the variation set up by B. (c) A contracts in writing to let a house to B, for a certain term, at the rent of RM100 per month, putting it first into tenantable repair. The house turns out to be not worth repairing, so, with B’s consent, A pulls it down and erects a new house in its place. B contracting orally to pay rent at RM120 per mensem. B then sues to enforce specific performance of the contract in writing. He cannot enforce it except with the variations made by the subsequent oral contract. Against whom Contracts may be Specifically Enforces

Malay text (authoritative)

Ketidakkuatkuasaan kecuali dengan pengubahan

Jika seseorang plaintif meminta pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak secara bertulis, yang kepadanya defendan menyediakan suatu pengubahan, plaintif tidak boleh mendapat pelaksanaan yang diminta itu, kecuali dengan pengubahan yang disediakan itu, dalam kes yang berikut, iaitu: (a) jika disebabkan fraud atau silap fakta, kontrak yang pelaksanaannya diminta dari segi termanya berlainan daripada apa yang defendan anggapkan apabila dia membuat kontrak itu; (b) jika disebabkan fraud, silap fakta atau secara mengejut, defendan membuat suatu kontrak di bawah salah faham yang munasabah akan kesannya di antara dirinya dan plaintif; (c) jika defendan dengan mengetahui terma kontrak dan memahami kesannya, telah membuat kontrak itu dengan bergantung kepada beberapa salah nyataan oleh plaintif, atau atas beberapa ketentuan di pihak plaintif, yang menambah kepada kontrak itu, tetapi yang dia enggan memenuhinya; (d) jika tujuan pihak itu untuk mengemukakan suatu keputusan undang-undang yang tertentu, yang kontrak itu sebagaimana dirangka tidak dikira boleh mengemukakannya; dan (e) jika pihak, berikutan dengan penyempurnaan kontrak itu, telah berkontrak untuk mengubahnya. (a) A, B dan C menandatangani suatu tulisan yang dengannya mereka tiap-tiap seorang bertujuan membuat satu bon RM1,000 kepada D. Dalam suatu guaman oleh D untuk menjadikan A, B dan C bertanggungan secara berasingan setiap seorang setakat RM1,000, mereka membuktikan bahawa perkataan “setiap seorang” telah dimasukkan dengan silap; bahawa niat mereka ialah mereka sepatutnya memberikan satu bon bersama sebanyak RM1,000. D boleh mendapatkan pelaksanaan yang diminta hanya dengan pengubahan yang dibuat itu. (b) A berkontrak secara bertulis untuk menyewakan kepada B suatu dermaga, bersama dengan sejalur tanah kepunyaan A yang ditandakan di atas suatu peta. Sebelum menandatangani kontrak itu, B mencadangkan secara lisan yang dia bebas untuk menggantikan jalur yang disebutkan dalam kontrak itu dengan jalur yang lain bagi tanah A itu yang sama dimensinya, dan dalam hal ini A bersetuju secara nyata tentang perkara ini. B kemudiannya menandatangani kontrak bertulis itu, A tidak boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik kontrak bertulis itu kecuali dengan pengubahan yang dibuat oleh B. (c) A berkontrak secara bertulis untuk menyewakan sebuah rumah kepada B, bagi tempoh yang tertentu, pada kadar sewa sebanyak RM100 sebulan, dengan dibaiki terlebih dahulu rumah itu supaya berada dalam keadaan yang masih boleh disewakan. Rumah itu didapati tidak berfaedah untuk dibaiki, oleh itu dengan persetujuan B, A merobohkan rumah itu dan mendirikan sebuah rumah baru di atas tempat itu. B berkontrak secara lisan untuk membayar sewa sebanyak RM120 sebulan. B kemudiannya membawa guaman untuk menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak bertulis itu. Dia tidak boleh menguatkuasakannya kecuali dengan pengubahan yang dibuat melalui kontrak lisan yang berikutnya itu. Terhadap siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik

Read this section in the full act → · Open Chapter II →

Find Act 137 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next