My bookmarksSign up free
← Specific Relief Act 1950

Specific Relief Act 1950 s 30

Specific Relief Act 1950 s 30

s 30 When instrument may be rectified

When, through fraud or a mutual mistake of the parties, a contract or other instrument in writing does not truly express their intention, either party, or his representative in interest, may institute a suit to have the instrument rectified: and if the court find it clearly proved that there has been fraud or mistake in framing the instrument, and ascertain the real intention of the parties in executing the same, the court may in its discretion rectify the instrument so as to express that intention, so far as this can be done without prejudice to rights acquired by third persons in good faith and for value. (a) A, intending to sell to B his house and one of three godowns adjacent to it, executes a conveyance prepared by B, in which, through B’s fraud, all three godowns are included. Of the two godowns which were fraudulently included, B gives one to C and lets the other to D for a rent, neither C nor D having any knowledge of the fraud. The conveyance may, as against B and C, be rectified so as to exclude from it the godown given to C, but it cannot be rectified so as to affect D’s lease. (b) By a marriage settlement, A, the father of B, the intended wife, covenants with C, the intended husband, to pay to C, his executors, administrators, and assigns, during A’s life, an annuity of RM5,000. C dies insolvent and the official receiver claims the annuity from A. The court, on finding it clearly proved that the parties always intended that this annuity should be paid as a provision for B and her children, may rectify the settlement and decree that the official receiver has no right to any part of the annuity.

Malay text (authoritative)

Bila surat cara boleh dibetulkan

Apabila, disebabkan fraud atau kesilapan bersama pihak, sesuatu kontrak atau surat cara bertulis yang lain tidak menyatakan dengan sebenar niat mereka, salah satu pihak, atau wakilnya yang berkepentingan, boleh memulakan suatu guaman supaya surat cara itu dibetulkan: dan jika mahkamah mendapati bahawa ia dibuktikan dengan jelas terdapat fraud atau kesilapan dalam merangka surat cara itu, dan menentukan niat sebenar pihak itu semasa menyempurnakan surat cara itu, mahkamah boleh atas budi bicaranya membetulkan surat cara itu untuk menyatakan niat itu, setakat yang pembetulan boleh dilakukan tanpa menjejaskan hak yang diperoleh oleh orang ketiga dengan suci hati dan bagi nilai. (a) A, yang bercadang untuk menjual rumahnya dan satu daripada tiga buah gudang berhampiran dengan rumahnya kepada B, menyempurnakan suatu pemindahhakan yang disediakan oleh B, yang di dalamnya, melalui fraud oleh B, kesemua tiga gudang telah dimasukkan. Daripada dua gudang yang telah dimasukkan secara fraud itu, B memberi satu gudang kepada C dan menyewakan yang satu gudang lagi kepada D, bagi suatu sewaan, C dan D tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai fraud itu. Pemindahhakan itu boleh dibetulkan terhadap B dan C, supaya dikeluarkan daripadanya gudang yang diberikan kepada C, tetapi ia tidak boleh dibetulkan sehingga menjejaskan pajakan D. (b) Melalui suatu penyelesaian perkahwinan, A, bapa kepada B, bakal isteri, berwaad dengan C, bakal suami untuk membayar kepada C, wasinya, pentadbirnya dan menyerahhakkan semasa hayat A suatu anuiti sebanyak RM5,000. C mati secara tidak solven dan pegawai pemegang harta menuntut anuiti itu daripada A. Mahkamah, apabila mendapati dengan bukti yang jelas bahawa pihak itu sentiasa berniat bahawa anuiti ini patut dibayar sebagai suatu keperluan untuk B dan anak-anaknya, boleh membetulkan penyelesaian itu dan mendekrikan bahawa pegawai penerima itu tidak mempunyai hak kepada mana-mana bahagian anuiti itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter III β†’

Find Act 137 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next