My bookmarksSign up free
← Specific Relief Act 1950

Specific Relief Act 1950 s 44

Specific Relief Act 1950 s 44

s 44 Power to order public servants and others to do certain specific acts

(1) A Judge may make an order requiring any specific act to be done or forborne, by any person holding a public office, whether of a permanent or a temporary nature, or by any corporation or any court subordinate to the High Court: Provided that— (a) an application for such an order be made by some person whose property, franchise, or personal right would be injured by the forbearing or doing, as the case may be, of the said specific act; (b) such doing or forbearing is, under any law for the time being in force, clearly incumbent on the person or court in his or its public character, or on the corporation in its corporate character; (c) in the opinion of the Judge the doing or forbearing is consonant to right and justice; (d) the applicant has no other specific and adequate legal remedy; and (e) the remedy given by the order applied for will be complete. (2) Nothing in this section shall be deemed to authorize a Judge— (a) to make any order binding on the Yang di-Pertuan Agong; (b) to make any order on any servant of any Government in Malaysia, as such, merely to enforce the satisfaction of a claim upon that Government; or (c) to make any order which is otherwise expressly excluded by any law for the time being in force.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memerintahkan pekhidmat awam dan lain-lain untuk melakukan perbuatan spesifik yang tertentu

(1) Seseorang Hakim boleh membuat suatu perintah yang menghendaki mana-mana perbuatan spesifik dilakukan atau tidak dilakukan, oleh mana-mana orang yang memegang jawatan awam, sama ada yang bersifat kekal atau sementara, atau oleh mana-mana perbadanan atau mana-mana mahkamah yang lebih rendah daripada Mahkamah Tinggi: Dengan syarat bahawa— (a) sesuatu permohonan bagi perintah sedemikian dibuat oleh seseorang yang harta, francais, atau hak dirinya akan rosak jika perbuatan spesifik tersebut tidak dilakukan atau dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, dengan jelas terletak pada orang atau mahkamah itu atas sifatnya atau sifat awamnya atau pada perbadanan itu atas sifat perbadanannya; (c) pada pendapat Hakim itu melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu adalah selaras dengan hak dan keadilan; (d) pemohon tidak mempunyai remedi undang-undang lain yang spesifik dan mencukupi; dan (e) remedi yang diberi oleh perintah yang dipohonkan akan mencukupi. (2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan seseorang Hakim— (a) untuk membuat apa-apa perintah yang mengikat Yang di-Pertuan Agong; (b) untuk membuat apa-apa perintah ke atas mana-mana pekhidmat mana-mana Kerajaan di Malaysia, oleh yang demikian semata-mata untuk menguatkuasakan penyelesaian sesuatu tuntutan terhadap Kerajaan itu; atau (c) untuk membuat apa-apa perintah yang dikecualikan dengan nyata selainnya oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Read this section in the full act → · Open Chapter VIII →

Find Act 137 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next