My bookmarksSign up free
← Factories and Machinery Act 1967

Factories and Machinery Act 1967 s 41

Factories and Machinery Act 1967 s 41

s 41 Questions for decision by an Inspector and appeals from such decision

(1) Any person aggrieved by any order made by an Inspector under this Act may within twenty-one days from the date of such order appeal to a Senior Inspector who may after considering any representations made by that person by order in writing confirm, annul or vary the order. (2) Any person aggrieved by any order made by a Senior Inspector under subsection (1) or otherwise under this Act may within twentyone days from the date of the order appeal to the chief Inspector who shall refer it to a Board of Appeal constituted under this section. (3) A Board of Appeal may after hearing such evidence as it may consider necessary and considering any representations made confirm, annul or vary the order made by the Senior Inspector. (4) (a) For the purposes of this section the Minister shall appoint a panel of persons of engineering and other appropriate skills to serve on Boards of Appeal constituted under this section. (b) A Board of Appeal shall consist of the Chief Inspector or a Deputy Chief Inspector nominated by him as Chairman and two members selected from the panel appointed under paragraph (a). (c) All questions requiring decision by a Board of Appeal shall be decided by a majority of the Board. (d) A copy of the decision of a Board of Appeal, on an appeal referred to it, certified by the Chairman, shall be served without delay on the person by whom the appeal was preferred. (e) Members of the panel may be paid such remuneration as may be prescribed. (5) The Senior Inspector in the case of an appeal under subsection (1) or the Chief Inspector in the case of an appeal under subsection (2) may direct that the order appealed from shall be suspended pending determination of the appeal.

Malay text (authoritative)

Soalan untuk diputuskan oleh Pemeriksa dan rayuan daripada keputusan itu

(1) Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana perintah yang dibuat oleh Pemeriksa di bawah Akta ini boleh dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh perintah itu merayu kepada seseorang Pemeriksa Kanan yang boleh selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang itu melalui perintah secara bertulis mengesahkan, membatalkan atau mengubah perintah itu. (2) Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa perintah yang dibuat oleh Pemeriksa Kanan di bawah subseksyen (1) atau selainnya di bawah Akta ini boleh dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh perintah merayu kepada Ketua Pemeriksa yang hendaklah merujuknya kepada suatu Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen ini. (3) Lembaga Rayuan boleh selepas mendengar apa-apa keterangan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat mengesahkan, membatalkankan atau mengubah perintah yang dibuat oleh Pemeriksa Kanan. (4) (a) Bagi maksud seksyen ini, Menteri hendaklah melantik suatu panel yang terdiri daripada orang yang pakar dalam kejuruteraan dan kepakaran lain yang sesuai untuk berkhidmat dalam Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen ini. (b) Suatu Lembaga Rayuan hendaklah terdiri daripada Ketua Pemeriksa atau Timbalan Ketua Pemeriksa yang dinamakan olehnya sebagai Pengerusi dan dua anggota yang dipilih daripada panel yang dilantik di bawah perenggan (a). (c) Semua soalan yang menghendaki keputusan oleh Lembaga Rayuan hendaklah diputuskan mengikut suara terbanyak Lembaga itu. (d) Suatu salinan keputusan Lembaga Rayuan, mengenai suatu rayuan yang dirujuk kepadanya, yang diperakukan oleh Pengerusi, hendaklah disampaikan tanpa kelengahan kepada orang yang membuat rayuan itu. (e) Anggota panel boleh dibayar saraan sebagaimana yang ditetapkan. (5) Pemeriksa Kanan dalam hal suatu rayuan di bawah subseksyen (1) atau Ketua Pemeriksa dalam hal suatu rayuan di bawah subseksyen (2) boleh mengarahkan supaya perintah yang terhadapnya rayuan dibuat digantung sementara menunggu keputusan rayuan itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 139 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next