Perbadanan
(1) Walau apapun peruntukan seksyen 22 Akta Syarikat 1965, yang berhubungan dengan nama syarikat, Perbadanan itu hendaklah dinamakan Petroleum Nasional Berhad atau ringkasnya PETRONAS.
(2) Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(3) Walau apapun peruntukan Akta Syarikat 1965 atau manamana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, arahan yang dikeluarkan sedemikian hendaklah mengikat Perbadanan itu.
Kuasa Perbadanan
3 A . (1) Sebagai tambahan kepada segala kuasa Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Perkara Persatuannya, Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil alih atau memperoleh melalui perjanjian, penyerahhakan, pembelian atau dengan apa-apa cara lain keseluruhan atau manamana bahagian daripada mana-mana pengusahaan perdagangan, perniagaan atau perusahaan dalam apa jua bentuk kepunyaan mana-mana orang atau kumpulan orang (diperbadankan atau tidak diperbadankan) dan menjalankan atau membuat apa-apa kegiatan, sama ada yang disebut dalam Akta ini atau pun tidak, yang sebelum pengambilalihan atau pemerolehan itu telah dijalankan oleh, dan bagi maksud, pengusahaan, perniagaan atau perusahaan itu.
(2) Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan di bawah subseksyen
(1) adalah sebagai tambahan kepada dan bukannya pengurangan mana-mana hak, kuasa, kebebasan, keistimewaan dan faedah yang diberikan kepada Perbadanan oleh Akta ini atau mana-mana undangundang bertulis lain.