My bookmarksSign up free
← Petroleum Development Act 1974

Petroleum Development Act 1974 s 6

Petroleum Development Act 1974 s 6

s 6

(1) Notwithstanding the provisions of any other written law, no business of processing or refining of petroleum or manufacturing of petro-chemical products from petroleum, may be carried out by any person other than PETRONAS unless there is in respect of any such business a permission given by the Prime Minister. (2) Any person who on the commencement of this Act is carrying on any business referred to in subsection (1) may continue to do so but shall, not later than six months from the date of the commencement of this Act, apply in writing to the Prime Minister for his permission referred to in subsection (1). (3) Subsection (1) shall apply to any business of marketing or distributing of petroleum or petro-chemical products; and any person who on the commencement of this subsection is carrying on any such business may continue to do so but shall, not later than six months from the date of commencement of this subsection, apply in writing to the Prime Minister for his permission referred to in subsection (1). *(3A) Subsection (3) shall not apply to any person who is licensed under the Gas Supply Act 1993 [Act 501] to supply gas to consumer through pipelines. (3 B ) For the purpose of subsection (3 A ), the terms “gas”, “consumers” and “pipelines” shall habe the same meaning assigned to them respectively by the Gas Supply Act 1993. (4) Where the Prime Minister grants his permission under this section he may, at his discretion, impose such terms and conditions as he may deem fit. (5) Any person who acts in contravention of this section or fails to comply with any term or condition of any permission granted under this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both, and in the case of a continuing offence he shall be liable to a further fine not exceeding one hundred thousand ringgit for each day or part of a day during which the offence continues after the first day in respect of which the conviction is recorded; and all machinery, tools, plant, buildings and other property or thing used or intended to be used in the commission of the offence and any petroleum or its products thereby obtained shall be liable to forfeiture. (6) The Prime Minister may by notification in the Gazette exempt any business referred to in subsections (1) and (3) or any company or class of company carrying on any such business from the provisions of this section. *NOTE—Subsections 6(3A) and (3B) not yet in force–see Act A842.

Malay text (authoritative)

Kebenaran Perdana Menteri dikehendaki bagi pengendalian penggunaan

(1) Walau apapun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada apa-apa jua urusan mengenai pemprosesan atau penapisan petroleum atau pengilangan keluaran petrokimia daripada petroleum, boleh dijalankan oleh mana-mana orang selain PETRONAS, melainkan jika ada kebenaran yang diberikan oleh Perdana Menteri berkenaan dengan sesuatu urusan itu. (2) Mana-mana orang, yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini menjalankan sesuatu urusan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus berbuat demikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon secara bertulis kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan kebenarannya yang disebut dalam subseksyen (1). (3) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi apa-apa urusan pemasaran atau pembahagian petroleum atau keluaran petrokimia; dan mana-mana orang yang pada permulaan kuat kuasa subseksyen ini menjalankan apa-apa urusan itu boleh terus berbuat sedemikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen ini, memohon secara bertulis kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan kebenarannya yang disebut dalam subseksyen (1). *(3A) Subseksyen (3) tidak boleh terpakai bagi mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501] membekalkan gas kepada pengguna-pengguna melalui talian paip. (3B) Bagi maksud subseksyen (3A), istilah “gas”, “pengguna” dan “talian paip” hendaklah mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya masing-masing oleh Akta Belakan Gas 1993. (4) Jika Perdana Menteri memberikan kebenarannya di bawah seksyen ini, dia boleh, menurut budi bicaranya, mengenakan terma dan syarat yang difikirkannya patut. (5) Mana-mana orang yang bertindak melanggar seksyen ini atau gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dia boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada hari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang mengenainya sabitan itu telah direkodkan; dan semua jentera, alat, loji, bangunan dan harta atau benda lain yang digunakan atau dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dan mana-mana petroleum atau keluaran yang diperoleh darinya boleh dilucuthakkan. (6) Perdana Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengecualikan sesuatu urusan yang disebut dalam subseksyen (1) dan (3) atau mana-mana syarikat atau kelas syarikat yang menjalankan urusan itu daripada peruntukan seksyen ini.

Read this section in the full act →

Find Act 144 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next