(1) Any person not registered or exempted from registration under this Act who—
(a) wilfully and falsely pretends to be registered under this Act or to be qualified to practise veterinary medicine;
(b) wilfully and falsely takes or uses the name or title of veterinarian, veterinary practitioner, veterinary surgeon, doctor of veterinary medicine, bachelor of veterinary science or bachelor of veterinary surgery;
(c) wilfully and falsely takes or uses any name, title, addition or description implying that he is registered under this Act, or that he is recognised by law as a veterinary surgeon or that he is qualified to heal or treat animal diseases whether by veterinary medicine or any other means of any kind or description whatsoever;
(d) wilfully and falsely takes or uses any name, title, addition or description, or uses any instrument, calculated to induce any person to believe that he is qualified to practise veterinary medicine;
(e) practises veterinary medicine;
(f) uses the term “veterinary clinic” or “veterinary dispensary” or “veterinary hospital” or the equivalent of any of these terms in any other language in the signboard over his place of practice in purported practice of veterinary medicine as a person registered under this Act; or
(g) uses a symbol designed by the Council for the use of registered veterinary surgeons only,
shall be guilty of an offence against this Act.
(2) For the purposes of subsection (1)—
(a) the taking or using by any person of the term “veterinarian” or “veterinary practitioner” or “veterinary surgeon” or “doctor of veterinary medicine” or “bachelor of veterinary science” or “bachelor of veterinary surgery” or “veterinary clinic” or “veterinary dispensary” or “veterinary hospital” or the equivalent of any of these terms in any other language in relation to the practice of veterinary medicine shall be deemed, unless the contrary be proved, to be the taking or using of a name, title, addition or description calculated to induce any person to believe that he is qualified to practise veterinary medicine;
(b) the using by any person in the practice of veterinary medicine of any instrument or material used exclusively by persons qualified to practise veterinary medicine shall be deemed, unless the contrary be proved, to be the using of an instrument calculated to induce a person to believe that he is qualified to practise veterinary medicine; and
(c) where any person, other than a registered veterinary surgeon or a dealer in veterinary appliances and instruments, has in his possession any one or more of the instruments and applicances commonly used in the practice of veterinary medicine, he shall be deemed, unless the contrary be proved, to wilfully and falsely pretend to be registered under this Act and to be qualified to practise veterinary medicine.
Malay text (authoritative)
Kesalahan
(1) Seseorang yang tidak didaftarkan atau tidak dikecualikan daripada pendaftaran di bawah Akta ini yang—
(a) bersengaja dan secara palsu berpura-pura sebagai didaftarkan di bawah Akta ini atau sebagai berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar;
(b) bersengaja dan secara palsu memakai atau menggunakan nama atau gelaran veterinar, pengamal veterinar, doktor veterinar, doktor perubatan veterinar, sarjana muda sains veterinar atau sarjana muda doktor veterinar;
(c) bersengaja dan secara palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang memberi faham bahawa dia didaftarkan di bawah Akta ini, atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagai seorang doktor veterinar atau bahawa dia berkelulusan untuk mengubat atau merawat penyakit haiwan sama ada dengan perubatan veterinar atau dengan apa-apa cara lain daripada apa-apa jua jenis atau perihalan;
(d) bersengaja dan secara palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, gelaran, tambahan atau perihalan, atau menggunakan sesuatu alat, yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar;
(e) menjalankan amalan perubatan veterinar;
(f) menggunakan perkataan “klinik veterinar” atau “dispensari veterinar” atau “hospital veterinar” atau sesuatu perkataan
yang bersamaan dengan perkataan ini dalam apa-apa bahasa lain pada papan tanda di tempat amalannya dengan berupa sebagai menjalankan amalan perubatan veterinar sebagai seorang yang didaftarkan di bawah Akta ini; atau
(g) menggunakan sesuatu simbol yang direka bentuk oleh Majlis untuk kegunaan doktor veterinar berdaftar sahaja,
melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(2) Bagi maksud subseksyen (1)—
(a) pemakaian atau penggunaan oleh seseorang perkataan “veterinar” atau “pengamal veterinar” atau “doktor veterinar” atau “doktor perubatan veterinar” atau “sarjana muda sains veterinar” atau “sarjana muda doktor veterinar” atau “klinik veterinar” atau “dispensari veterinar” atau “hospital veterinar” atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan itu dalam apa-apa bahasa lain berhubung dengan amalan perubatan veterinar hendaklah disifatkan, sebagai pemakaian atau penggunaan sesuatu nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar melainkan jika dibuktikan sebaliknya;
(b) penggunaan oleh seseorang dalam menjalankan amalan perubatan veterinar apa-apa alat atau bahan yang digunakan khusus oleh orang yang berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar hendaklah disifatkan, sebagai penggunaan sesuatu alat yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar melainkan jika dibuktikan sebaliknya; dan
(c) jika seseorang, selain seorang doktor veterinar berdaftar atau seorang peniaga perkakas dan alat veterinar, ada dalam miliknya mana-mana satu atau lebih daripada alat dan perkakas yang biasanya digunakan dalam amalan perubatan veterinar, dia hendaklah disifatkan, sebagai bersengaja dan secara palsu berpura-pura sebagai didaftarkan di bawah Akta ini dan sebagai berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
Text as at 1 April 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).