(1) Any registered veterinary surgeon who allows an unregistered person to practise veterinary medicine on the premises used by or under the control of such registered veterinary surgeon in the performance of his professional duties shall be guilty of an offence against this Act.
(2) Any registered veterinary surgeon who by his presence, countenance, advice, assistance, or co-operation has knowingly enabled an unregistered person, whether described as an assistant or otherwise, to practise veterinary medicine, shall be guilty of an offence against this Act.
(3) Any registered veterinary surgeon who practises veterinary medicine in the premises in which an unregistered person practices veterinary medicine to the knowledge of the registered veterinary surgeon shall be guilty of an offence against this Act.
(4) Nothing in this section shall operate to prevent the carrying out of procedures, falling within the meaning of practice of veterinary
medicine, by any person in the public service employed for that purpose where such procedures are carried out in the course of that person’s employment and under the supervision of a veterinary surgeon in the public service.
Malay text (authoritative)
Berselindung
(1) Seseorang doktor veterinar berdaftar yang membenarkan seseorang tidak berdaftar menjalankan amalan perubatan veterinar di premis yang digunakan oleh atau di bawah kawalan doktor veterinar berdaftar itu dalam menjalankan tugas profesionalnya melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(2) Seseorang doktor veterinar berdaftar yang dengan kehadirannya, sokongan, nasihatnya, pertolongannya, atau kerjasamanya telah dengan diketahuinya membolehkan seseorang yang tidak berdaftar, sama ada dikatakan sebagai seorang pembantu atau selainnya, menjalankan amalan perubatan veterinar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(3) Seseorang doktor veterinar berdaftar yang menjalankan amalan perubatan veterinar di premis yang di dalamnya seseorang tidak berdaftar menjalankan amalan perubatan veterinar yang diketahui oleh doktor veterinar berdaftar itu melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa melarang seseorang dalam perkhidmatan awam yang diambil bekerja bagi maksud menjalankan amalan perubatan veterinar daripada menjalankan tatacara yang termasuk dalam pengertian menjalankan amalan perubatan veterinar jika tatacara itu dijalankan dalam masa orang itu bekerja dan di bawah penyeliaan seorang doktor veterinar dalam perkhidmatan awam.
Text as at 1 April 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).