My bookmarksSign up free
← Carriage by Air Act 1974

Carriage by Air Act 1974 s 6

Carriage by Air Act 1974 s 6

s 6 Limitations of liability

(1) It is hereby declared that the limitations on liability in Article 22 of the Convention apply whatever the nature of the proceedings by which liability may be enforced and that, in particular— (a) those limitations apply where proceedings are brought by a tortfeasor to obtain a contribution from another torfeasor; and (b) the limitation for each passenger in paragraph (1) of Article 22 of the Convention applies to the aggregate liability of the carrier in all proceedings which may be brought against him under the appropriate law in force in the relevant part of Malaysia, together with any proceedings brought against him outside Malaysia. (2) A court before which proceedings are brought to enforce a liability which is limited by Article 22 of the Convention may at any stage of the proceedings make any such order as appears to the court to be just and equitable in view of the provisions of that Article and of any other proceedings which have been, or are likely to be, commenced in Malaysia or elsewhere to enforce the liability in whole or in part. (3) Without prejudice to subsection (2), a court before which proceedings are brought to enforce a liability which is limited by Article 22 of the Convention shall, where the liability is, or may be, partly enforceable in other proceedings in Malaysia or elsewhere, have jurisdiction to award an amount less than the court would have awarded if the limitation applied solely to the proceedings before the court, or to make any part of its award conditional on the result of any other proceedings. (4) The Minister may, from time to time, by order published in the Gazette specify the respective amounts which for the purposes of Article 22 of the Convention, and, in particular of paragraph (5) of that Article, are to be taken as equivalent to the sums expressed in francs which are mentioned in that Article. (5) References in this section to Article 22 of the Convention include, subject to any necessary modifications, references to that Article as applied by Article 25A of the Convention. (6) In paragraph (1)(a) and in subsections (2) and (3) references to Article 22 of the Convention shall include, subject to any necessary modifications, references to Article VI of the Supplementary Convention.

Malay text (authoritative)

Had tanggungan

(1) Diisytiharkan bahawa had atas tanggungan dalam Perkara 22 dalam Konvensyen itu dipakai walau apa jua jenis pembicaraan yang boleh menguatkuasakan tanggungan itu, dan bahawa pada khususnya— (a) had itu dipakai jika pembicaraan dibawa oleh seseorang pelaku tort untuk mendapatkan sumbangan daripada seorang pelaku tort yang lain; dan (b) had bagi setiap penumpang dalam perenggan (1) Perkara 22 dalam Konvensyen itu dipakai bagi jumlah tanggungan pengangkut dalam segala pembicaraan yang mungkin dibawa terhadapnya di bawah undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa dalam bahagian Malaysia yang berkaitan, bersama dengan apa-apa pembicaraan yang dibawa terhadapnya di luar Malaysia. (2) Sesuatu mahkamah di mana pembicaraan dibawa untuk menguatkuasakan sesuatu tanggungan yang dihadkan oleh Perkara 22 Konvensyen itu boleh pada mana-mana peringkat pembicaraan itu membuat apa-apa perintah yang pada pendapat mahkamah itu adil dan saksama memandang peruntukan Perkara itu dan bagi apa-apa pembicaraan lain yang telah, atau mungkin, dimulakan di Malaysia atau di mana-mana negara lain untuk menguatkuasakan tanggungan itu pada sepenuhnya atau sebahagiannya. (3) Tanpa menyentuh subseksyen (2), sesuatu mahkamah di mana pembicaraan dibawa untuk menguatkuasakan sesuatu tanggungan yang dihadkan oleh Perkara 22 Konvensyen itu jika tanggungan itu boleh atau mungkin boleh dikuatkuasakan sebahagiannya dalam lain-lain pembicaraan di Malaysia atau di mana-mana negara lain, mempunyai bidang kuasa untuk mengaward suatu amaun yang kurang daripada yang mungkin telah diaward oleh mahkamah itu jika had itu dipakai semata-mata bagi pembicaraan di mahkamah itu, atau untuk menjadikan sesuatu bahagian award itu tertakluk kepada keputusan mana-mana pembicaraan lain. (4) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan amaun yang masingmasing bagi maksud Perkara 22 dalam Konvensyen itu, dan khususnya bagi maksud perenggan (5) dalam Perkara itu, hendaklah di ambil kira sebagai senilai dengan jumlah wang yang dinyatakan dalam francs yang disebutkan dalam Perkara itu. (5) Rujukan dalam seksyen ini kepada Perkara 22 Konvensyen itu termasuklah, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, rujukan kepada Perkara itu sebagaimana dikenakan oleh Perkara 25A Konvensyen itu. (6) Dalam perenggan (1)(a) dan dalam subseksyen (2) dan (3) rujukan kepada Perkara 22 Konvensyen itu hendaklah termasuk, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, rujukan kepada Perkara VI Konvensyen Tambahan.

Read this section in the full act →

Find Act 148 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next