Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 s 19
Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 s 19
s 19 Statement to be admissible in evidence
(1) Where any person is charged with any offence against this Act any statement, whether the statement amounts to a confession or not or is oral or in writing, made at any time, whether before or after the person is charged and whether in the course of a police investigation or not and whether or not wholly or partly in answer to questions, by the person to or in the hearing of any senior officer and whether or not interpreted to him by any proper officer or any other person concerned, or not, in the arrest shall, notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, be admissible at his trial in evidence and, if the person tenders himself as a witness, any such statement may be used in cross-examination and for the purpose of impeaching his credit: Provided that—
(a) no such statement shall be admissible or used as aforesaid—
(i) if the making of the statement appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge against such person, proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give the person grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceeding against him; or
(ii) in the case of a statement made by the person after his arrest, unless the court is satisfied that he was cautioned in the following words or words to the like effect: “It is my duty to warn you that you are not obliged to say anything or to answer any question, but anything you say, whether in answer to a question or not, may be given in evidence.”; and
(b) a statement made by any person before there is time to caution him shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of his not having been cautioned if he is cautioned as soon as possible.
(2) Notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, a person accused of an offence to which subsection (1) applies shall not be bound to answer any question relating to the case after he has been cautioned.
Malay text (authoritative)
Pernyataan boleh diterima sebagai keterangan
(1) Jika seseorang dipertuduh atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa sesuatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak kesemua atau sebahagian daripadanya bagi menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai kanan dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai yang berhak atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dengan penangkapan itu boleh, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan itu boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebenarannya:
Dengan syarat bahawa—
(a) tiada apa-apa pernyataan itu boleh diterima atau digunakan seperti tersebut di atas—
(i) jika pembuatan pernyataan itu pada pendapat mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji mengenai pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan yang mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat faedah atau mengelakkan apa-apa kejahatan dari jenis keduniaan berhubungan dengan pembicaraan terhadapnya itu; atau
(ii) mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan berikut atau perkataan yang bermaksud demikian: “Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan.”; dan
(b) sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidak boleh dijadikan tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi amaran dengan seberapa segera yang boleh.
(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang baginya dipakai subseksyen (1) tidaklah diwajibkan menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas dia diberi amaran.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).