(1) Every chargeable person who disposes of a chargeable asset and every person who acquires the asset so disposed of shall, within one month (or such further period as the Director General may allow on a written request being made to him) of the date of disposal of that asset, make a return—
(a) specifying in respect of the asset disposed of the acquisition price, the disposal price and the gain or loss on the disposal;
(b) furnishing all information necessary to determine the acquisition price and disposal price of the asset disposed of; and
(c) where the market value of the asset is to be taken for the purposes of this Act, submit a written valuation of the asset by a valuer.
(2) Every nominee shall, within one month (or such further period as the Director General may allow on a written request being made to him) of the date of disposal by him of a chargeable asset on behalf of any person, make a return specifying—
(a) the name and address of the person on whose behalf the disposal was made;
(b) the asset disposed of; and
(c) the date on which he first began to hold that asset as nominee for that person.
(3) Where any assets acquired—
(a) from any person by a company controlled by that person, by his wife or by him jointly with his wife or a connected person; or
(b) with the approval of the Director General under paragraph 17 of Schedule 2, by a company from another company in the same group, are transferred by the acquiring company to its stock in trade, the acquiring company shall within thirty days after the transfer make a return giving particulars of the assets transferred.
(4) Where a person makes a return under this Act, the return shall be in the prescribed form:
Provided that, where the person making the return is a nominee, the return shall be made to the income tax office nearest to the nominee’s principal place of business or abode in Malaysia or if he has no place of business or abode in Malaysia, to the office of the Director General in Kuala Lumpur.
(5) Where a person is required to make a return for the purposes of the income tax law, he shall make a declaration in that return whether or not he has made a disposal of chargeable assets in the year immediately preceding the year of assessment for which that return is made.
Malay text (authoritative)
Penyata
(1) Tiap-tiap orang yang boleh dikenakan cukai yang melupuskan sesuatu aset boleh dikenakan cukai dan tiap-tiap orang yang memperoleh aset yang dilupuskan sedemikian itu hendaklah, dalam masa enam puluh hari (atau dalam apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Pengarah apabila suatu permintaan bertulis dibuat kepadanya) selepas tarikh pelupusan aset itu, membuat suatu penyata—
(a) menyatakan berkenaan dengan aset yang dilupuskan itu harga perolehan, harga pelupusan dan keuntungan atau kerugian atas pelupusan itu;
(b) memberi segala maklumat yang perlu untuk menentukan harga perolehan dan harga lupusan bagi aset yang dilupuskan;
(c) jika nilai pasaran bagi aset itu hendak dipakai bagi maksud Akta ini, mengandungi nilai pasaran aset itu berdasarkan suatu penilaian yang dibuat oleh seorang penilai;
(d) menyatakan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan amaun cukai yang kena dibayar (jika ada) ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai untuk pelupusan tersebut; dan
(e) mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2) Tiap-tiap orang nomini hendaklah, dalam tempoh enam puluh hari (atau dalam apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Pengarah apabila suatu permintaan bertulis dibuat kepadanya) selepas tarikh pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai olehnya bagi pihak mana-mana orang, membuat suatu penyata menyatakan—
(a) nama dan alamat orang yang bagi pihaknya pelupusan itu telah dilakukan;
(b) aset yang dilupuskan itu; dan
(c) tarikh dia pertama kali mula memegang aset itu sebagai seorang nomini bagi orang itu.
(3) Jika apa-apa aset yang diperoleh—
(a) daripada seseorang oleh sesuatu syarikat yang dikawal oleh orang itu, oleh isterinya atau olehnya bersesama dengan isterinya atau seseorang yang berkaitan; atau
(b) dengan kelulusan Ketua Pengarah di bawah perenggan 17 Jadual 2, oleh suatu syarikat daripada suatu syarikat lain dalam kumpulan yang sama,
telah dipindah milik oleh syarikat pemeroleh itu kepada barang niaganya, syarikat pemeroleh itu hendaklah dalam tempoh enam puluh hari selepas pindah milik itu membuat suatu penyata memberi butir-butir mengenai aset yang dipindah milik itu.
(4) Jika seseorang membuat suatu penyata di bawah Akta ini, penyata itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 57A.
(5) Jika seseorang dikehendaki membuat suatu penyata bagi maksud undang-undang cukai pendapatan, dia hendaklah membuat suatu akuan dalam penyata itu sama ada atau tidak dia telah melakukan sesuatu pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai dalam tahun taksiran yang baginya penyata itu dibuat.
(6) Seseorang yang melupuskan suatu aset yang boleh dikenakan cukai dan dikehendaki untuk membuat penyata di bawah seksyen ini boleh mengemukakan kepada Ketua Pengarah bersama-sama dengan penyata itu suatu pemberitahuan dalam borang yang ditetapkan
bahawa pelupusan itu tidak tertakluk pada cukai atau dikecualikan daripada pembayaran cukai di bawah Akta ini.
(6A) Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 57A.
(7) Bagi maksud seksyen 21B, seseorang yang melupuskan suatu aset yang boleh dikenakan cukai hendaklah menyerahkan pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6) kepada pemeroleh dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelupusan dan pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telah diserahkan kepada pemeroleh pada hari yang pemberitahuan itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut subseksyen (6A).
(8) Seseorang yang melupuskan aset yang boleh dikenakan cukai dan dikehendaki untuk membuat suatu penyata di bawah seksyen ini boleh memberitahu pemeroleh itu amaun cukai yang kena dibayar atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi pelupusan itu dalam penyata yang dibuat di bawah subseksyen (1) bagi maksud seksyen 21B.
(9) Pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen (8) hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada pemeroleh oleh pelupus itu melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik pada hari yang penyata itu dibuat di bawah subseksyen (1) dikemukakan kepada Ketua Pengarah.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).