My bookmarksSign up free
← Real Property Gains Tax Act 1976

Real Property Gains Tax Act 1976 s 15

Real Property Gains Tax Act 1976 s 15

s 15 Additional assessments

(1) The Director General, where in respect of any year of assessment it appears to him that no or no sufficient assessment has been made on a person chargeable with the tax, may within six years after the end of that year of assessment make on that person whatever assessment or additional assessment he considers to be appropriate. (2) The Director General, where it appears to him that a person chargeable with the tax has been guilty of any form of fraud or wilful default in connection with or in relation to the tax, may at any time make an assessment in respect of that person for the purpose of making good any loss of the tax attributable to the fraud or wilful default.

Malay text (authoritative)

Taksiran tambahan

(1) Jika Ketua Pengarah mendapati tiada sesuatu taksiran atau tiada sesuatu taksiran yang mencukupi telah dibuat berkenaan sesuatu tahun taksiran ke atas seseorang yang boleh dikenakan cukai, Ketua Pengarah boleh dalam tempoh lima tahun selepas akhir tahun taksiran itu membuat ke atas orang itu apa-apa juga taksiran atau taksiran tambahan yang difikirkannya sesuai. (1A) Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa keseluruhan atau sebahagian daripada apa-apa cukai yang dibayar balik kepada seseorang, melainkan akibat suatu perjanjian berkenaan dengan suatu taksiran menurut subseksyen 101(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 atau akibat suatu taksiran yang telah ditentukan atas rayuan, telah dibayar balik dengan kesilapan sama ada dari segi fakta atau undang-undang, Ketua Pengarah boleh membuat suatu taksiran berkenaan dengan orang itu dalam amaun cukai itu atau sebahagian daripada cukai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan: Dengan syarat bahawa tiada taksiran boleh dibuat— (a) jika bayaran balik itu telah sebenarnya dibuat atas asas, atau mengikut, amalan Ketua Pengarah yang terdapat pada amnya pada masa bayaran balik itu dibuat; atau (b) berkenaan dengan apa-apa cukai, lebih daripada lima tahun selepas cukai itu telah dibayar balik. (2) Jika Ketua Pengarah mendapati seseorang yang boleh dikenakan cukai telah bersalah atas apa-apa jenis fraud, kemungkiran yang sengaja atau kecuaian berkenaan atau berhubung dengan cukai itu, Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa membuat suatu taksiran berkenaan dengan orang itu bagi maksud mendapatkan apa-apa cukai yang hilang disebabkan oleh fraud, kemungkiran yang sengaja atau kecuaian. (3) Jika dalam sesuatu tahun taksiran— (a) apa-apa taksiran yang dibuat di bawah Akta ini atau Akta Cukai Pendapatan 1967 berkenaan dengan seseorang bagi mana-mana tahun taksiran yang telah ditentukan oleh mahkamah atas rayuan atau semakan; atau (b) apa-apa pengecualian yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah Akta ini yang telah ditarik balik kerana tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan dalam memberi pengecualian sedemikian, Ketua Pengarah boleh, dalam tahun taksiran yang mula-mula disebut itu atau dalam masa lima tahun selepas tamat tempohnya membuat suatu taksiran berkenaan dengan orang itu bagi mana-mana tahun taksiran bagi maksud memberi kuat kuasa penentuan atau penarikan balik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Jika menurut seksyen 21B dan tertakluk pada subseksyen 14(5), pemeroleh yang gagal untuk memegang dan meremitkan amaun yang dikehendaki di bawah seksyen itu, dan kegagalan disebabkan oleh pemberitahuan yang tidak betul atau salah yang diserahkan kepadanya di bawah seksyen 13, maka hendaklah dimasukkan ke dalam taksiran itu yang dibuat berkenaan dengan orang yang menyerahkan pemberitahuan itu, suatu jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus cukai yang kena dibayar oleh orang itu. (4A) Walau apa pun subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya atas apa-apa sebab yang baik yang diberikan, meremitkan kesemua atau mana-mana bahagian jumlah wang yang disebut dalam subseksyen itu dan, jika jumlah wang yang diremitkan itu telah dibayar, Ketua Pengarah hendaklah membayar balik jumlah wang itu. (5) Bagi maksud subseksyen (4), “cukai yang kena dibayar” ertinya jumlah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai tidak termasuk apa-apa kerugian yang boleh dibenarkan yang disebut di bawah subseksyen 7(4).

Read this section in the full act →

Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next