My bookmarksSign up free
← Real Property Gains Tax Act 1976

Real Property Gains Tax Act 1976 s 22

Real Property Gains Tax Act 1976 s 22

s 22 Recovery from persons leaving Malaysia

(1) The Director General, where he is of the opinion that any person is about or likely to leave Malaysia without paying— (a) all the tax payable by him (whether or not due or due and payable); and (b) all sums payable by him under subsection 21(4), may issue to any Commissioner of Police or Director of Immigration a certificate containing particulars of the tax and sums so payable with a request for that person to be prevented from leaving Malaysia unless and until he pays all the tax and sums so payable or furnishes security to the satisfaction of the Director General for their payment. (2) Subject to any order issued or made under any written law relating to banishment or immigration, any Commissioner of Police or Director of Immigration who receives a request under subsection (1) in respect of any person shall take or cause to be taken all such measures (including the use of reasonable force and the seizure, removal or retention of any certificate of identity and any passport, exit permit or other travel document relating to that person) as may be necessary to give effect to it. (3) The Director General shall cause notice of the issue of a certificate under subsection (1) to be served personally or by registered post on the person to whom the certificate relates: Provided that the non-receipt of the notice by that person shall not invalidate anything done under this section. (4) Where a person in respect of whom a certificate has been issued under subsection (1)— (a) produces a written statement signed on or after the date of the certificate by the Director General or an authorized officer to the effect that all the tax and sums specified in the certificate have been paid or that security has been furnished for their payment; or (b) pays all the tax and sums specified in the certificate to the officer in charge of a police station or to an immigration officer, the statement or the payment, as the case may be, shall be sufficient authority for allowing that person to leave Malaysia. (5) No legal proceedings shall be instituted or maintained against the Government, a State Government, a police officer or any other public officer in respect of anything lawfully done under this section or subsection 32(2). (6) In this section— “Commissioner of Police” includes a Chief Police Officer; “Director of Immigration” means the Director of Immigration in any part of Malaysia; “immigration officer” means a public officer having official duties in connection with the control of immigration into Malaysia or any part of Malaysia.

Malay text (authoritative)

Menuntut daripada orang yang meninggalkan Malaysia

(1) Ketua Pengarah, jika dia berpendapat bahawa seseorang hampir hendak atau mungkin meninggalkan Malaysia tanpa membayar— (a) semua cukai yang kena dibayar olehnya (sama ada genap masanya atau genap masanya dan kena dibayar atau tidak); (b) semua jumlah wang yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 21(4); dan (c) hutang yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 21B(2), boleh mengeluarkan kepada mana-mana Pesuruhjaya Polis atau Pengarah Imigresen suatu perakuan mengandungi butir-butir cukai, jumlah wang yang kena dibayar dan hutang yang kena dibayar sedemikian dengan suatu permintaan supaya orang itu ditahan daripada meninggalkan Malaysia melainkan dan sehingga dia membayar semua cukai, jumlah wang yang kena dibayar dan hutang yang kena dibayar sedemikian atau memberi cagaran dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya. (1A) Perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikeluarkan kepada mana-mana Pesuruhjaya Polis atau Pengarah Imigresen melalui perantaraan elektronik atau secara penghantaran elektronik. (2) Tertakluk pada sesuatu perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, mana-mana Pesuruhjaya Polis atau Pengarah Imigresen yang menerima suatu permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah mengambil atau mengarahkan supaya diambil segala langkah (termasuk menggunakan kekerasan yang berpatutan dan merampas, mengambil atau menyimpan apa-apa perakuan pengenalan dan apa-apa pasport, permit keluar atau dokumen lain perjalanan berhubung dengan orang itu) yang perlu untuk melaksanakan permintaan itu. (3) Ketua Pengarah hendaklah mengarahkan supaya notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1) disampaikan kepada orang itu sendiri atau melalui pos berdaftar kepada orang itu yang dengannya perakuan itu adalah berkaitan: Dengan syarat bahawa tidak adanya notis itu diterima oleh orang itu tidaklah menjadikan tidak sah apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini. (4) Jika seseorang yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1)— (a) mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh perakuan itu oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa yang bermaksud bahawa semua cukai, jumlah wang dan hutang yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa cagaran telah diberi bagi pembayarannya; atau (b) membayar semua cukai, jumlah wang dan hutang yang dinyatakan dalam perakuan itu kepada pegawai penjaga balai polis atau kepada seorang pegawai imigresen, pernyataan itu atau pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia. (5) Tiada apa-apa prosiding di sisi undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap Kerajaan, sesuatu Kerajaan Negeri, seseorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di sisi undang-undang di bawah seksyen ini atau subseksyen 32(2). (6) Dalam seksyen ini— “orang” termasuklah pengarah suatu syarikat yang dinyatakan dalam subperenggan 5(1A) Jadual 1; “pegawai imigresen” ertinya seorang pegawai awam yang ada mempunyai kewajipan rasmi berhubungan dengan kawalan imigresen ke Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia; “Pengarah Imigresen” ertinya Pengarah Imigresen di mana-mana bahagian Malaysia; “Pesuruhjaya Polis” termasuklah seorang Ketua Pegawai Polis.

Read this section in the full act →

Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next