My bookmarksSign up free
← Real Property Gains Tax Act 1976

Real Property Gains Tax Act 1976 s 24

Real Property Gains Tax Act 1976 s 24

s 24 Refund of overpayments

(1) Subject to this section, where it is proved to the satisfaction of the Director General that any person has paid tax for any year of assessment in excess of the amount payable under this Act, that person shall be entitled to have the excess refunded by the Government. (2) Where in a case of the kind mentioned in subsection (1) the excess has been paid (or is deemed under subsection 21B(3) to have been paid) by the acquirer of a chargeable asset in pursuance of an assessment made on him under subsection 16(1), the excess— (a) shall not be refunded to the acquirer unless he satisfies the Director General that he has not under subsection 16(3) recovered it from the disposer; (b) shall be refunded to the disposer if he satisfies the Director General that the acquirer has under subsection 16(3) recovered it from him; (c) shall be retained by the Government if the Director General is not so satisfied. (3) No claim for repayment under this section shall be valid unless it is made within six years after the end of the year of assessment to which the claim relates. (4) Nothing in this section shall operate— (a) to extend any time limit for appeal, validate any appeal which is otherwise invalid or authorize the revision of any assessment or other matter which has become final and conclusive; (b) to compel the Government to refund the excess amount of tax paid in respect of an assessment unless the assessment has been finally determined. (5) The representative of a disabled or deceased person shall be entitled to a refund under subsection (1) for the benefit of that person or his estate of any excess payment within the meaning of that subsection. (6) The Director General shall— (a) certify the amount of any sum repayable under this section; and (b) cause repayment to be made forthwith, and the sum required for making the repayment shall be charged to the Consolidated Fund. (7) For the purposes of this section— (a) references to payment of the tax includes references to payment of the amount payable in pursuance of section 21B; and (b) a payment of the tax by the representative of a disabled or deceased person shall be deemed to have been made by that person. (8) In this section— “disabled person” means a person who through incapacity, bankruptcy or liquidation, or for any other reason is unable to manage his own affairs; “representative” means, in the case of a deceased person, his executor, and, in the case of a disabled person, the trustee, guardian, committee or other person who manages his affairs.

Malay text (authoritative)

Memulangkan balik bayaran yang terlebih

(1) Tertakluk pada seksyen ini, jika dibuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa seseorang telah membayar cukai bagi sesuatu tahun taksiran lebih daripada amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini, orang itu berhak mendapatkan wang yang berlebihan itu dipulangkan balik oleh Kerajaan. (2) Jika dalam sesuatu hal seperti tersebut dalam subseksyen (1) wang yang berlebihan itu telah dibayar oleh pemeroleh sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai menurut suatu taksiran yang dibuat ke atasnya di bawah subseksyen 16(1), wang yang berlebihan itu— (a) tidak boleh dipulangkan balik kepada pemeroleh itu melainkan jika dia memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia belum lagi mendapatkannya daripada pelupus di bawah subseksyen 16(3); (b) hendaklah dipulangkan balik kepada pelupus jika dia memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa pemeroleh itu telah mendapatkannya daripadanya di bawah subseksyen 16(3); (c) hendaklah disimpan oleh Kerajaan jika Ketua Pengarah tidak berpuas hati sedemikian. (3) Tiada apa-apa tuntutan untuk mendapatkan pembayaran balik di bawah seksyen ini boleh menjadi sah melainkan jika tuntutan itu dibuat dalam tempoh lima tahun selepas akhir tahun taksiran yang dengannya tuntutan itu adalah berkaitan. (4) Seksyen ini tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa— (a) untuk melanjutkan apa-apa had masa bagi merayu, mengesahkan sesuatu rayuan yang mana sebaliknya adalah tidak sah atau membenarkan penyemakan sesuatu taksiran atau perkara lain yang telah menjadi muktamad; (b) untuk memaksa Kerajaan memulangkan balik amaun cukai yang berlebihan yang telah dibayar berkenaan dengan sesuatu taksiran melainkan jika taksiran itu telah diputuskan dengan muktamad. (5) Wakil bagi seseorang yang hilang upaya atau yang mati berhak mendapat pulangan balik di bawah subseksyen (1) bagi faedah orang itu atau faedah harta pusakanya akan apa-apa bayaran yang berlebihan dalam erti subseksyen itu. (6) Ketua Pengarah hendaklah— (a) memperakui amaun apa-apa jumlah wang yang kena dibayar balik di bawah seksyen ini; dan (b) mengarahkan supaya pembayaran balik dibuat dengan segera. (7) Bagi maksud seksyen ini— (a) sebutan mengenai pembayaran cukai termasuklah sebutan mengenai pembayaran amaun yang kena dibayar itu menurut seksyen 21B; dan (b) pembayaran cukai oleh wakil seseorang yang hilang upaya atau yang mati hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat oleh orang itu. (7A) Apa-apa jumlah lebihan berkenaan dengan cukai yang kena dibayar bagi suatu tahun taksiran yang kena dibayar balik kepada seseorang di bawah subseksyen (1) boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi bayaran— (a) apa-apa amaun cukai lain yang genap masa dan kena dibayar (termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar) oleh orang itu di bawah Akta ini, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543] atau Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]; atau (b) apa-apa amaun duti lain yang genap masa dan kena dibayar oleh orang itu di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378]. (7B) Jika amaun lebihan yang berkenaan dengan seseorang ditentukan menurut subseksyen 80C(1) Akta Setem 1949, subseksyen 111(4A) Akta Cukai Pendapatan 1967, subseksyen 50(4) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 atau subseksyen 12(2) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 lebihan itu hendaklah digunakan bagi pembayaran cukai yang genap masa dan kena dibayar (termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar) oleh orang itu di bawah Akta ini. (8) Dalam seksyen ini— “orang hilang upaya” ertinya seorang yang oleh sebab tidak berdaya, bankrap atau likuidasi, atau oleh sebab sesuatu sebab lain tidak berupaya menguruskan hal ehwalnya sendiri; “wakil” ertinya mengenai seorang yang mati, wasinya, dan mengenai seorang hilang upaya, pemegang amanah, penjaga, jawatankuasa atau orang lain yang menguruskan hal ehwalnya.

Read this section in the full act →

Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next