(1) Where a chargeable asset which is disposed of was previously acquired by the disposer for a consideration wholly or substantially provided by a connected person within the meaning of Schedule 2 (otherwise than as a bona fide loan made in the course of carrying on business as a moneylender), the asset shall be deemed to have been disposed of by that person and not by the disposer:
Provided that, where the asset disposed of was acquired by the disposer from that person, that person shall, for the purpose of computing any gain accruing to or loss suffered by him by the operation of this subsection, be deemed to have acquired the asset at an acquisition price equal to the consideration which, by virtue of paragraph 9 and subparagraph 23(1) of Schedule 2, he is deemed to have received when the asset was acquired by the disposer.
(2) The Director General, where he has reason to believe that any transaction has the direct or indirect effect of—
(a) altering the incidence of tax which is payable or suffered by or which would otherwise have been payable or suffered by any person;
(b) relieving any person from any liability which has arisen or which would otherwise have arisen to pay tax or to make a return;
(c) evading or avoiding any duty or liability which is imposed or would otherwise have been imposed on any person by this Act; or
(d) hindering or preventing the operation of this Act in any respect, may, without prejudice to such validity as it may have in any other respect or for any other purpose, disregard or vary the transaction and make such assessments as he considers just and proper in the circumstances.
(3) In this section “transaction” means any trust, grant, covenant, agreement, arrangement or other disposition or transaction made or entered into (whether before or after the commencement of this Act), and includes a transaction entered into by two or more persons with another person.
Malay text (authoritative)
Peruntukan mencegah pengelakan daripada membayar cukai
(1) Jika sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai yang dilupuskan telah dahulunya diperoleh oleh pelupus bagi suatu balasan yang sepenuhnya atau sebahagian besarnya diperuntukkan oleh seorang yang berkaitan dalam erti Jadual 2 (melainkan sebagai suatu pinjaman bona fide yang diberi semasa menjalankan perniagaan sebagai seorang pemberi pinjam wang), aset itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilupuskan oleh orang itu dan bukan oleh pelupus itu:
Dengan syarat bahawa jika aset yang dilupuskan itu telah diperoleh oleh pelupus itu daripada orang itu, maka orang itu hendaklah, bagi maksud menghitung sesuatu keuntungan yang terakru kepada atau kerugian yang ditanggung olehnya menurut perjalanan kuat kuasa subseksyen ini, disifatkan sebagai telah memperoleh aset itu dengan
suatu harga perolehan yang sama banyaknya dengan balasan itu yang, menurut perenggan 9 dan subperenggan 23(1) Jadual 2, dia disifatkan sebagai telah terima semasa aset itu diperoleh oleh pelupus itu.
(2) Ketua Pengarah, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu transaksi mempunyai kesan langsung atau tidak langsung bagi—
(a) mengubah beban cukai yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh atau yang sebaliknya tetap telah kena dibayar atau ditanggung oleh seseorang;
(b) melepaskan seseorang daripada apa-apa tanggungan yang telah timbul atau yang sebaliknya tetap telah timbul untuk membayar cukai atau membuat suatu penyata;
(c) melarikan atau mengelakkan apa-apa duti atau tanggungan yang dikenakan atau yang sebaliknya tetap telah dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini; atau
(d) merintangi atau menghalang perjalanan kuat kuasa Akta ini dalam apa-apa hal,
boleh, tanpa menyentuh sahnya transaksi itu dalam sesuatu hal lain atau bagi sesuatu maksud lain, mengenepikan atau mengubah transaksi itu dan membuat apa-apa taksiran yang difikirkannya adil dan patut dalam hal keadaan itu.
(3) Dalam seksyen ini “transaksi” ertinya sesuatu amanah, pemberian, waad, perjanjian, perkiraan atau disposisi lain atau transaksi yang dibuat (sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini), dan termasuklah sesuatu transaksi yang dibuat oleh dua orang atau lebih dengan seorang atau beberapa orang lain.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).