Real Property Gains Tax Act 1976 s 40
s 40 Compounding of offences and abatement of penalties
(1) Where any person has committed any offence under this Act, the Director General may at any time before conviction compound the offence and order that person to pay such sum of money, not exceeding the amount of the maximum fine and any special penalty to which that person would have been liable if he had been convicted of the offence, as he thinks fit:
Provided that the Director General shall not exercise his powers under this section unless that person in writing admits that he has committed the offence and requests the Director General to deal with the offence under this section.
(2) Where under this section the Director General compounds an offence committed by any person and makes an order accordingly—
(a) the order shall be made in writing under the hand of the Director General and there shall be attached to it the written admission and request referred to in subsection
(1);
(b) the order shall specify—
(i) the offence committed;
(ii) the sum of money ordered to be paid; and
(iii) the date on which the payment is to be made or the dates on which instalments of that sum are to be paid, as the case may be, and, where the order provides for payment by instalments and there is default in payment of any instalment, the whole of the balance then outstanding shall become due and payable forthwith;
(c) a copy of the order shall be given, if he so requests, to the person who committed the offence;
(d) that person shall not be liable to any prosecution or, as the case may be, any further prosecution in respect of the offence and, if any such prosecution or further prosecution is brought, it shall be a good defence for that person to prove that the offence has been compounded under this section;
(e) the order shall be final and shall not be subject to any appeal;
(f) the order may be enforced in the same way as the judgment of a subordinate court (as defined in Schedule 5 to the Income Tax Act 1967) for the payment of the amount stated in the order or the amount outstanding, as the case may be; and
(g) the order shall, on production to any court, be treated as proof of the commission of the offence by that person and of the other matters set out therein.
(3) The Director General may abate or remit any penalty imposed under this Act except a penalty imposed on conviction.
Malay text (authoritative)
Mengkompaun kesalahan dan mengurangkan penalti
(1) Jika seseorang telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum sabitan mengkompaun kesalahan itu dan memerintahkan orang itu membayar sesejumlah wang yang difikirkannya patut sebanyak tidak melebihi amaun denda maksimum dan apa-apa penalti khas yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia disabitkan kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini melainkan jika orang itu mengaku secara bertulis bahawa dia telah melakukan kesalahan itu dan meminta Ketua Pengarah mengambil tindakan atas kesalahan itu di bawah seksyen ini.
(2) Jika di bawah seksyen ini Ketua Pengarah mengkompaun sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya—
(a) perintah itu hendaklah dibuat secara bertulis di bawah tandatangan Ketua Pengarah dan hendaklah dilampirkan padanya pengakuan dan permintaan bertulis yang disebutkan dalam subseksyen (1);
(b) perintah itu hendaklah menyatakan—
(i) kesalahan yang dilakukan itu;
(ii) jumlah wang yang diperintah supaya dibayar; dan
(iii) tarikh bila pembayaran itu hendak dibuat atau tarikh bila ansuran bagi jumlah wang itu hendak dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, jika perintah itu memperuntukkan pembayaran dengan cara ansuran dan kemungkiran terdapat dalam membayar sesuatu ansuran, kesemua baki yang masih belum selesai pada masa itu hendaklah genap masanya dan kena dibayar dengan serta-merta;
(c) satu salinan perintah itu hendaklah, jika dikehendaki, diberi kepada orang yang telah melakukan kesalahan itu;
(d) orang itu tidak boleh dikenakan apa-apa pendakwaan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa pendakwaan selanjutnya mengenai kesalahan itu dan, jika apa-apa pendakwaan itu atau apa-apa pendakwaan selanjutnya dibawa, menjadi suatu pembelaan yang baik bagi orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu telah pun dikompaun di bawah seksyen ini;
(e) perintah itu muktamad dan tidak boleh tertakluk pada apa-apa rayuan;
(f) perintah itu boleh dikuatkuasakan mengikut cara sama seperti hukuman sesuatu mahkamah rendah (sebagaimana ditakrifkan dalam Jadual 5 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967) bagi pembayaran amaun
yang dinyatakan dalam perintah itu atau amaun yang masih belum selesai, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(g) perintah itu hendaklah, apabila dikemukakan kepada sesuatu mahkamah, dikira sebagai bukti yang kesalahan itu telah dilakukan oleh orang itu dan mengenai perkara lain yang dinyatakan di dalamnya itu.
(3) Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau meremitkan sesuatu penalti yang dikenakan di bawah Akta ini kecuali penalti yang dikenakan apabila disabitkan.
Read this section in the full act →
Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).