(1) There shall be formed, in respect of each form of martial arts, a national controlling body.
(2) The name and constitution of the national controlling body and the procedure to be followed in electing or appointing the persons to the national controlling body shall be determined by the majority of representatives of martial arts societies studying that form of martial arts, each society sending only one representative.
(3) Where on the date of coming into operation of this Act, there is already, in respect of any form of martial arts, a national controlling body, such body shall be deemed to have been formed and shall function as if formed under this Act.
(4) Where on the date of coming into operation of this Act, there are, in respect of any form of martial arts, more than one national controlling body, the Registrar may within three months thereof, by notice served on each of such bodies, require them to form one national controlling body.
(5) Where on the date of coming into operation of this Act, there is, in respect of any form of martial arts, no national controlling bodies or there are more than one national controlling bodies and such bodies have failed to form a national controlling body within the period of three months, the Minister may establish a national controlling body which shall be deemed to be the national controlling body in respect of that form of martial arts.
(6) A national controlling body established by the Minister shall consist of—
(a) seven members who shall be appointed by the Minister from members of the various martial arts societies studying that form of martial arts;
(b) three members who shall be appointed by the Minister from Ministries the Minister considers necessary to be represented.
(7) It shall be the function and duty of national controlling body—
(a) to hold and control the holding of exhibitions and examinations;
(b) to classify and control the classification of grades and the conduct of examination;
(c) to determine the code of conduct and discipline of every student of that form of martial arts and may for that purpose establish disciplinary bodies as it deems fit;
(d) to determine the persons who may participate at internationally organized functions or games but when so determining shall consult the Ministry charged with the responsibility for sports;
(e) to promote and coordinate the activities of all martial arts societies studying that form of martial arts; and
(f) to carry on all activities, the carrying on whereof appears to be requisite or advantageous for the advancement of that form of martial arts.
(8) Every member of a national controlling body shall be a Federal citizen and where a non-citizen has been elected or appointed, his election or appointment shall be deemed to be void.
Malay text (authoritative)
Badan pengawalan kebangsaan
(1) Hendaklah ditubuhkan, berkenaan dengan setiap gaya seni mempertahankan diri, suatu badan pengawalan kebangsaan.
(2) Nama dan penubuhan badan pengawalan kebangsaan itu dan prosedur yang hendaklah diikuti dalam memilih atau melantik orang untuk menjadi anggota badan pengawalan kebangsaan itu hendaklah diputuskan oleh lebih suara wakil pertubuhan seni mempertahankan diri yang mempelajari gaya seni mempertahankan diri itu, setiap pertubuhan menghantar seorang wakil sahaja.
(3) Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, sudah terdapat, berkenaan dengan mana-mana gaya seni mempertahankan diri, suatu badan pengawalan kebangsaan, badan itu hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dan hendaklah berfungsi seolah-olah ditubuhkan di bawah Akta ini.
(4) Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terdapat, berkenaan dengan mana-mana gaya seni mempertahankan diri, lebih daripada satu badan pengawalan kebangsaan, Pendaftar boleh, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh itu melalui notis yang disampaikan kepada setiap badan itu, menghendaki mereka menubuhkan satu badan pengawalan kebangsaan.
(5) Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak terdapat, berkenaan dengan mana-mana gaya seni mempertahankan diri, badan pengawalan kebangsaan atau terdapat lebih daripada satu
badan pengawalan kebangsaan dan badan itu tidak menubuhkan suatu badan pengawalan kebangsaan dalam tempoh tiga bulan itu, Menteri boleh menubuhkan suatu badan pengawalan kebangsaan yang hendaklah disifatkan sebagai badan pengawalan kebangsaan berkenaan dengan gaya seni mempertahankan diri itu.
(6) Sesuatu badan pengawalan kebangsaan yang ditubuhkan oleh Menteri hendaklah terdiri daripada—
(a) tujuh orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada anggota berbagai-bagai pertubuhan seni mempertahankan diri yang mempelajari gaya seni mempertahankan diri itu;
(b) tiga orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada Kementerian yang pada pendapat Menteri adalah perlu diwakili.
(7) Adalah menjadi fungsi dan kewajipan badan pengawalan kebangsaan—
(a) untuk mengadakan dan mengawal hal mengadakan pertunjukan dan peperiksaan;
(b) untuk mengelaskan dan mengawal pengelasan gred dan penjalanan peperiksaan;
(c) untuk menentukan tatakelakuan dan disiplin tiap-tiap pelajar gaya seni mempertahankan diri itu dan boleh bagi maksud itu menubuhkan badan tatatertib yang difikirkannya patut;
(d) untuk menentukan orang yang boleh mengambil bahagian dalam majlis atau pertandingan yang dianjurkan di peringkat antarabangsa tetapi apabila membuat penentuan sedemikian hendaklah berunding dengan Kementerian yang bertanggungjawab bagi sukan;
(e) untuk menggalakkan dan menyelaraskan aktiviti kesemua pertubuhan seni mempertahankan diri yang mempelajari gaya seni mempertahankan diri itu; dan
(f) untuk menjalankan kesemua aktiviti yang penjalanannya didapati adalah perlu atau berfaedah bagi pemajuan gaya seni mempertahankan diri itu.
(8) Tiap-tiap anggota sesuatu badan pengawalan kebangsaan hendaklah merupakan seorang warganegara Persekutuan dan jika
seseorang yang bukan warganegara telah dipilih atau dilantik, pemilihan atau pelantikannya hendaklah disifatkan sebagai tidak sah.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).