My bookmarksSign up free
← Martial Arts Societies Act 1976

Martial Arts Societies Act 1976 s 13

Martial Arts Societies Act 1976 s 13

s 13 Registration of martial arts societies

(1) Subject to subsection (2), no society registered under the Societies Act 1966 [Act 335] or body of persons other than a company, business, partnership or firm shall have as one of its objects or activities the study by its members of any form of martial arts unless it is registered as a martial arts society under this Act. (2) Where on the date of coming into force of this Act any society registered under the Societies Act 1966 has as one of its objects or activities the study by its members of any form of martial arts, such society shall, within three months thereof, apply for registration as a martial arts society under this Act. (3) An application for registration as a martial arts society shall— (a) be signed by the Chairman or President and Secretary of the society or body of persons; (b) specify the form of martial arts that will be studied by its members; (c) be accompanied by a list of members who shall be studying and instructors who shall be instructing that form of martial arts, giving their full names, identity card numbers, citizenship status, addresses and vocation and such other information as may be required by the Registrar; (d) specify the place at which the martial arts specified in paragraph (b) will be studied by its members; and (e) in the case of a body of persons other than a society registered under the Societies Act 1966, be accompanied by— (i) the minutes of the inaugural meeting; (ii) its constitution; and (iii) a list of persons who attended that inaugural meeting. (4) The Registrar may approve or reject the application without assigning any reason therefor. (5) Where the Registrar approves the application he shall register the society or body of persons as a martial arts society and shall issue a certificate of registration in the prescribed form. (6) The place specified in the application for registration as the place at which martial arts will be studied shall be registered as the place of study. (7) Any society registered under the Societies Act 1966 or body of persons which contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence under this Act and shall be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran pertubuhan seni mempertahankan diri

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] atau kumpulan orang selain suatu syarikat, perniagaan, perkongsian atau firma boleh mempunyai sebagai satu daripada tujuan atau aktivitinya, pembelajaran oleh anggotanya apa-apa gaya seni mempertahankan diri melainkan jika pertubuhan atau kumpulan orang itu didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini. (2) Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini manamana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 mempunyai sebagai satu daripada tujuan atau aktivitinya, pembelajaraan oleh anggotanya apa-apa gaya seni mempertahankan diri, pertubuhan itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh itu, membuat permohonan bagi pendaftaran sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini. (3) Sesuatu permohonan bagi didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri hendaklah— (a) ditandatangani oleh Pengerusi atau Yang Dipertua dan Setiausaha pertubuhan atau kumpulan orang itu; (b) menyatakan gaya seni mempertahankan diri yang akan dipelajari oleh anggotanya; (c) disertakan dengan suatu senarai anggota yang akan mempelajari dan pengajar yang akan mengajarkan gaya seni mempertahankan diri itu, memberikan nama penuh mereka, nombor kad pengenalan mereka, taraf kewarganegaraan mereka, alamat mereka dan kerjaya mereka dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar; (d) menyatakan tempat seni mempertahankan diri yang dinyatakan dalam perenggan (b) itu akan dipelajari oleh anggotanya; dan (e) dalam hal sesuatu kumpulan orang selain suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, disertakan dengan — (i) minit mesyuarat sulung kumpulan itu; (ii) perlembagaannya; dan (iii) suatu senarai orang yang menghadiri mesyuarat sulung itu. (4) Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab baginya. (5) Jika Pendaftar meluluskan permohonan itu, dia hendaklah mendaftarkan pertubuhan atau kumpulan orang itu sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri dan hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan. (6) Tempat yang dinyatakan dalam permohonan bagi didaftarkan sebagai tempat seni mempertahankan diri akan dipelajari hendaklah didaftarkan sebagai tempat belajar. (7) Mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, atau kumpulan orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 170 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next