My bookmarksSign up free
← Martial Arts Societies Act 1976

Martial Arts Societies Act 1976 s 23

Martial Arts Societies Act 1976 s 23

s 23 Restrictions on registration and licensing of societies, business, etc.

(1) After the coming into force of this Act, there shall not be registered or licensed— (a) any society under the Societies Act 1966 which has as one of its objects or activities the instruction or study of any form of martial arts; (b) any business, partnership, proprietorship or firm under the *Registration of Businesses Act 1956 [Act 197], the Trades Licensing Ordinance of Sabah [Cap. 144], or the Businesses, Professions and Trade Licensing Ordinance of Sarawak [Cap. 33] one of whose purpose is the instruction or study of any form of martial arts; or (c) any company under the Companies Act 1965 [Act 125] which has as one of its objects the instruction or study of any form of martial arts, without the approval in writing of the Registrar and such applicant shall submit together with his application such approval. (2) The registration or licensing of such society, business, partnership, proprietorship, firm or company without such approval shall be deemed to be void. (3) Where on the date of coming into operation of this Act— (a) any business, partnership, proprietorship or firm is registered or licensed, as the case may be, under the Registration of Businesses Act 1956, the Trades Licensing Ordinance of Sabah or the Businesses, Professions and Trade Licensing Ordinance of Sarawak and carries on as one of its business activities the instruction of any form of martial arts; or (b) any company is registered under the Companies Act 1965 and has as one of its objects in the memorandum the instruction of any form of martial arts, such business, partnership, proprietorship or firm or company shall, within six months thereof, apply for the written permission of the Registrar to carry on as one of its business activities or its objects, the instruction in any form of martial arts and if written permission is granted, shall be deemed to have been registered under subsection (1) with the approval of the Registrar. (4) No person or company shall, unless the business, partnership, proprietorship or firm or company is registered in accordance with subsection (1) or if in existence on the date of coming into operation of this Act, unless written permission is obtained from the Registrar within the period specified in subsection (3), carry on as one of his business activities or as one of its objects the instruction of any form of martial arts. (5) Any person who contravenes subsection (4) shall be guilty of an offence and shall be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment not exceeding two years or to both. *NOTE—Act 197 is applicable to Peninsular Malaysia only.

Malay text (authoritative)

Sekatan mengenai pendaftaran dan pelesenan pertubuhan, perniagaan, dll.

(1) Selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak boleh didaftarkan atau dilesenkan— (a) mana-mana pertubuhan yang mempunyai sebagai satu daripada tujuan atau aktivitinya mengajar atau mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri di bawah Akta Pertubuhan 1966; (b) mana-mana perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan atau firma di bawah *Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pelesenan Tred [Sabah Bab 144] bagi Sabah, atau Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Tred [Sarawak Bab 33] bagi Sarawak yang satu daripada tujuannya adalah mengajar atau mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri; atau *CATATAN—Akta 197 hanya terpakai di Semenanjung Malaysia. (c) mana-mana syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang mempunyai sebagai satu daripada tujuannya mengajar atau mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri, tanpa kelulusan secara bertulis Pendaftar dan pemohon itu hendaklah mengemukakan kelulusan itu bersama-sam dengan permohonannya. (2) Pendaftaran atau pelesenan pertubuhan, perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan, firma atau syarikat itu tanpa kelulusan itu hendaklah disifatkan tidak sah. (3) Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini— (a) mana-mana perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan atau firma didaftarkan atau dilesenkan mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pelesenan Tred bagi Sabah atau Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Tred bagi Sarawak dan menjalankan sebagai satu daripada aktiviti perniagaannya mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri; atau (b) mana-mana syarikat didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai sebagai satu daripada tujuannya dalam memorandum mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri, perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan atau firma atau syarikat itu hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya itu, membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran bertulis Pendaftar untuk menjalankan sebagai satu daripada aktiviti perniagaannya atau tujuannya mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri dan jika kebenaran bertulis diberikan, hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah subseksyen (1) dengan kelulusan Pendaftar. (4) Tiada seorang pun atau sesuatu syarikat boleh, melainkan jika perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan atau firma atau syarikat itu didaftarkan mengikut subseksyen (1) atau jika orang atau syarikat itu wujud pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, melainkan jika kebenaran bertulis didapati daripada Pendaftar dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3), menjalankan sebagai satu daripada aktiviti perniagaannya atau sebagai satu daripada tujuannya mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 170 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next