(1) If the person committing an offence under this Act is—
(a) a company, every person who at the time the offence was committed was a director, general manager, manager, secretary or other officer of the company concerned in the management of the company in Malaysia or who was purporting to act in any such capacity; or
(b) a society, every person who at the time of the commission of the offence is an office-bearer or a person managing or assisting in the management of the society,
shall be deemed to be guilty of that offence and shall be liable to be proceeded against and punished accordingly:
Provided that it shall be a defence for such person, if he proves that the offence was committed without his consent or connivance and that he had exercised such diligence to prevent the commission of the offence as he ought to have exercised having regard to the nature of his functions and to all other circumstances.
(2) For the purpose of this section—
(a) “company” includes—
(i) any company incorporated under the Companies Act 1965;
(ii) a firm or other association of individuals; and
(iii) a natural and individual person registered or licensed under any written law in force in Malaysia relating to the registration or licensing of businesses;
(b) “office-bearer” means any person who is the president or vice president, or secretary or treasurer of such or any branch of a society or who is a member of the committee or governing body thereof or of any branch thereof or who holds in such society or branch of a society any office or position analogous to any of those mentioned above.
(3) Where the agent or servant of a person (such person being hereinafter in this section referred to as “the principal”) does anything or omits to do anything (which if done or omitted to be done by the principal would constitute an offence under this Act) the principal shall, notwithstanding that he has no knowledge of the offence, be deemed guilty of the offence and be liable to punishment for the offence:
Provided that it shall be a defence for the principal, if he proves—
(a) that the act or omission complained of was not within the ordinary scope of the employment of the agent or servant; and
(b) that the principal did not permit or subsequently ratify such act or omission.
(4) Where the agent or servant of the principal does anything or omits to do anything (which if done or omitted to be done by the principal would constitute an offence under this Act) such agent or servant shall also be guilty of that offence.
(5) The provisions of this section shall be in addition to and not in derogation from any other provisions of this Act.
Malay text (authoritative)
Tanggungan jenayah
(1) Jika orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini ialah—
(a) suatu syarikat, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain syarikat itu yang berkenaan dengan pengurusan syarikat itu dalam Malaysia atau yang dikatakan bertindak selaku pemegang mana-mana jawatan itu; atau
(b) suatu pertubuhan, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pemegang jawatan atau seorang yang mengurus atau membantu dalam pengurusan pertubuhan itu,
hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh diambil langkah perbicaraan terhadapnya dan dihukum dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan bagi orang itu, jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah kesalahan itu daripada berlaku sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya dengan mengambil kira jenis fungsinya dan semua keadaan lain.
(2) Bagi maksud seksyen ini—
(a) “syarikat” termasuklah—
(i) mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;
(ii) suatu firma atau persatuan orang perseorangan lain; dan
(iii) seseorang biasa dan orang perseorangan yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan;
(b) “pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang merupakan yang dipertua atau naib yang dipertua, atau setiausaha atau bendahari sesuatu pertubuhan atau manamana cawangan pertubuhan itu atau yang merupakan seorang anggota jawatankuasa atau badan pentadbir pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atau yang memegang dalam pertubuhan itu atau cawangan pertubuhan itu apa-apa jawatan atau kedudukan yang seakan-akan sama dengan jawatan yang disebut di atas.
(3) Jika ejen atau pekhidmat seseorang (orang itu adalah kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut “prinsipal”) membuat apaapa atau meninggalkan daripada membuat apa-apa (yang jika dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat oleh prinsipal itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini) prinsipal itu hendaklah, walaupun dia tidak mengetahui kesalahan itu disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan bagi prinsipal itu, jika dia membuktikan—
(a) bahawa perbuatan atau peninggalan yang diadukan bukan dalam ruang lingkup biasa pekerjaan ejen atau pekhidmat itu; dan
(b) bahawa prinsipal itu tidak membenarkan atau mengesahkan kemudiannya perbuatan atau peninggalan itu.
(4) Jika ejen atau pekhidmat bagi prinsipal itu membuat apaapa atau meninggalkan daripada membuat apa-apa (yang jika dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat oleh prinsipal itu boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini) ejen atau pekhidmat itu melakukan kesalahan itu juga.
(5) Peruntukan seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain Akta ini.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).