My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 151

Local Government Act 1976 s 151

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 151 Attachment and sale of holding

(1) If the arrear cannot be recovered in the manner provided in section 148 it shall be lawful for the Registrar of the High Court upon application made by the local authority, or by any officer of the local authority authorized by the local authority in that behalf, to order the attachment and sale of the holding or holdings in respect of which the arrear has accrued. (2) Such attachment and sale may be effected in the manner provided by the law relating to civil procedure for the execution of a decree by attachment and sale of immovable property. (3) The Registrar of the High Court shall, from the proceeds of sale, provide first for the costs of attachment and sale, then for payment to the local authority of the amount of the arrear, together with interest thereon at the rate of six per centum per annum and costs, and in the event of there being any surplus remaining the Registrar shall, if he is satisfied as to the right of any person claiming such surplus, pay the amount thereof to him, and if he is not so satisfied, shall place the amount on deposit in the Treasury to be held in trust for the person who may ultimately succeed in establishing his claim thereto. (4) The local authority may in its discretion refrain from seizing and selling, or may release from attachment, any property lawfully seizable under section 148 where such property is the property of the occupier, being a tenant, of the holding or of a person not liable to pay an arrear due in respect of such holding. (5) Where the property is the property of a tenant-occupier, the local authority shall refrain from seizing and selling or shall release from attachment such property: Provided that the tenant-occupier pays to the local authority the rent of such holding as it falls due until the arrear is satisfied or until the termination of his tenancy and in any such case, notwithstanding anything contained in subsection (1), such holding may be attached and sold. (6) The amount of any rent paid by a tenant-occupier to the local authority under subsection (5) may be deducted by such tenant-occupier from the next and following payments of rent to the owner of the holding.

Malay text (authoritative)

Menahan dan menjual pegangan

(1) Jika tunggakan itu tidak boleh didapati dengan cara yang diperuntukkan dalam seksyen 148 adalah sah bagi Pendaftar Mahkamah Tinggi, apabila permohonan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan, atau oleh mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa tempatan itu bagi maksud itu, memerintahkan ditahan dan dijual pegangan atau peganganpegangan yang mengenainya tunggakan itu telah terakru. (2) Tahanan dan jualan itu boleh dilaksanakan dengan cara yang diperuntukkan oleh undang-undang berhubungan dengan acara sivil untuk pelaksanaan sesuatu dekri dengan menahan dan menjual harta tak alih. (3) Pendaftar Mahkamah Tinggi hendaklah, dari hasil jualan itu, memperuntukkan pertamanya kos bagi tahanan dan jualan, kemudiannya pembayaran amaun tunggakan kepada pihak berkuasa tempatan, berserta bunganya mengikut kadar enam peratus setahun dan juga kos dan jika sekiranya ada apa-apa surplus Pendaftar hendaklah, jika dia puas hati tentang hak seseorang yang menuntut surplus itu, membayar amaun surplus itu kepada orang itu, dan jika Pendaftar tidak puas hati sedemikian hendaklah meletakkan amaun itu sebagai deposit dalam Perbendaharaan untuk dipegang sebagai amanah untuk orang yang mungkin akhirnya berjaya membuktikan tuntutannya ke atasnya. (4) Pihak berkuasa tempatan boleh, menurut budi bicaranya, enggan menyita dan menjual, atau boleh melepaskan dari tahanan, mana-mana harta yang boleh disita dengan sah di bawah seksyen 148 jika harta itu adalah harta penduduk, iaitu seorang penyewa, pegangan itu atau harta seseorang yang tidak bertanggungan membayar sesuatu tunggakan yang kena dibayar mengenai pegangan itu. (5) Jika harta itu adalah harta seorang penyewa-penduduk, pihak berkuasa tempatan hendaklah jangan menyita dan menjual, atau hendaklah melepaskan dari tahanan, harta itu: Dengan syarat penyewa-penduduk itu membayar kepada pihak berkuasa tempatan sewa pegangan itu apabila sahaja genap masanya dibayar sehingga tunggakan itu selesai atau sehingga penyewaannya tamat dan dalam mana-mana hal yang demikian, walau apapun yang terkandung dalam subseksyen (1), pegangan itu boleh ditahan dan dijual. (6) Amaun apa-apa sewa yang dibayar oleh seseorang penyewa-penduduk kepada pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen (5) boleh dipotong oleh penyewa-penduduk itu dari bayaran sewa selepas saja daripada itu dan berikutnya kepada pemunya pegangan itu.

Read this section in the full act → · Open Part XV →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next