(1) The local authority shall, once in every year before or at the time of submission to the State Authority of the Local Authority Budget under section 55, submit to the State Authority for its approval a list of the offices which the local authority thinks necessary for the purpose of this Act with the salaries and allowances, if any, proposed to be attached to such offices respectively.
(2) Such list shall, when approved by the State Authority, continue in force until a new list is approved in like manner.
(3) The local authority may at any time submit to the State Authority for its approval any alterations and additions in and to such list, and such alterations and additions when approved shall have the same force as if they had been included in such list.
(4) The Commissioner of the City of Kuala Lumpur in the case of the Federal Territory, or the Mayor or President or his representative who shall be a Councillor, the Secretary and one other Councillor in the case of other local authorities, may appoint such persons to the offices shown on the list so approved and may reduce in rank or dismiss such persons from office and may appoint others in their stead:
Provided that the reduction in rank or dismissal from office of any Head of Department or his Deputy shall not take effect until such reduction in rank or dismissal has been confirmed by the State Authority:
Provided further that no officer or employee shall be reduced in rank or dismissed without being given a reasonable opportunity of being heard.
Malay text (authoritative)
Senarai jawatan
(1) Pihak berkuasa tempatan hendaklah, sekali dalam tiaptiap tahun sebelum atau pada masa mengemukakan Belanjawan Pihak Berkuasa Tempatan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 55, mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusannya suatu senarai jawatan yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa tempatan itu bagi maksud Akta ini dengan gaji dan elaun, jika ada, yang dicadang hendak diberi kepada jawatan itu masing-masing.
(2) Senarai itu, apabila diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga suatu senarai baru diluluskan dengan cara yang sama.
(3) Pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusannya apa-apa perubahan dan tambahan dalam dan kepada senarai itu, dan perubahan dan tambahan itu, apabila diluluskan, hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama seolah-olah ia telah dimasukkan dalam senarai itu.
(4) Datuk Bandar Kuala Lumpur, mengenai Wilayah Persekutuan, atau Datuk Bandar atau Yang Dipertua atau wakilnya yang mana hendaklah seorang Anggota Majlis, Setiausaha dan seorang lagi Anggota Majlis, mengenai pihak berkuasa tempatan lain, boleh melantik orang itu ke jawatan yang ditunjukkan dalam senarai yang diluluskan sedemikian dan boleh menurunkan pangkat atau membuang orang itu dari jawatan dan boleh melantik orang lain bagi menggantikan mereka:
Dengan syarat bahawa penurunan pangkat atau pembuangan seseorang Ketua Jabatan atau Timbalannya dari jawatannya tidak boleh berkuat kuasa sehingga penurunan pangkat atau pembuangan itu telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri:
Dengan syarat selanjutnya bahawa tiada seorang pun pegawai atau pekerja boleh diturunkan pangkat atau dibuang tanpa diberi peluang yang berpatutan untuk didengar.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).