My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 162

Local Government Act 1976 s 162

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 162 Refund on unoccupied buildings

(1) Where any building is unoccupied and no rent is payable in respect thereof during a period of not less than one calendar month in any half year in respect of which a rate has been paid the local authority may order the refund or remission, as the case may be, of a part of such rate proportionate to the period during which the building has been unoccupied. (2) No refund or remission shall be ordered unless the person claiming the same shall have within seven days from the commencement of the period in respect of which the refund or remission is claimed given written notice to the local authority of such vacancy and in the case of any refund shall have claimed payment thereof in writing not later than one month after the expiration of the half year in respect of which the claim is made. (3) No refund or remission shall be ordered in respect of any building unless the owner of the holding in question proves to the satisfaction of the local authority— (a) that such building is in good repair and fit for occupation; (b) that every reasonable effort to obtain a tenant has been made; (c) that the rent demanded is a reasonable one; (d) that the building has been vacant during the whole period for which the refund is claimed: Provided that when a refund is claimed in respect of a period during which the building has been undergoing repairs for the purpose of rendering it fit for occupation or for bona fide reconstruction it shall not be necessary to prove, in respect of such claims the matters specified in paragraphs (a), (b) and (c). (4) Claims shall state the dates on which the building was unoccupied and the address to which communications in reference thereto may be sent. (5) For the purposes of this section the expression “building” includes— (a) a self-contained flat in a building erected with the approval of the local authority; (b) any whole floor in a building with separate means of access; (c) floor space of not less than 1,000 square feet on the same floor of a building which may be let as an office, shop, factory, godown or other similar use.

Malay text (authoritative)

Pulangan balik mengenai bangunan yang tidak diduduki

(1) Jika sesuatu bangunan tidak diduduki dan tiada apa-apa sewa kena dibayar mengenainya selama tempoh tidak kurang dari satu bulan kalendar dalam mana-mana setengah tahun yang mengenainya suatu kadar telah dibayar pihak berkuasa tempatan boleh memerintahkan supaya sebahagian daripada kadar itu yang seimbang dengan tempoh bangunan itu tidak diduduki dipulangkan balik atau diremit, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Tiada apa-apa pulangan balik atau remitan boleh diperintah melainkan jika orang yang menuntutnya itu telah memberi notis bertulis kepada pihak berkuasa tempatan mengenai kekosongan itu dalam masa tujuh hari dari mulanya tempoh yang mengenainya pulangan balik atau remitan itu dituntut dan mengenai sesuatu pulangan balik orang itu telah menuntut pembayarannya secara bertulis tidak lewat daripada satu bulan selepas tamatnya setengah tahun yang mengenainya tuntutan itu dibuat. (3) Tiada apa-apa pulangan balik atau remitan boleh diperintah mengenai sesuatu bangunan melainkan jika pemunya pegangan yang berkenaan itu membuktikan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan— (a) bahawa bangunan itu berada dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki; (b) bahawa segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seseorang penyewa telah dibuat; (c) bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah; (d) bahawa bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu dituntut: Dengan syarat bahawa apabila sesuatu pulangan balik dituntut mengenai suatu tempoh dalam masa bila bangunan itu telah dibaiki bagi maksud menjadikan ia layak untuk diduduki atau untuk pembinaan semula bona fide tidaklah perlu dibuktikan mengenai tuntutan itu perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c). (4) Tuntutan hendaklah menyatakan tarikh bila bangunan itu telah tidak diduduki dan juga alamat ke mana perhubungan mengenainya boleh dihantar. (5) Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “bangunan” termasuklah— (a) sesuatu flat yang lengkap dalam bangunan yang didirikan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan; (b) mana-mana seluruh tingkat sesuatu bangunan yang mempunyai jalan masuk yang berasingan; dan (c) ruang lantai tidak kurang daripada 1,000 kaki persegi pada tingkat yang sama sesuatu bangunan yang boleh disewakan sebagai suatu pejabat, kedai, kilang, gudang atau kegunaan lain yang seumpamanya.

Read this section in the full act → · Open Part XV →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next