My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 18

Local Government Act 1976 s 18

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 18 Superannuation or Provident Fund

(1) A local authority, with the approval of the State Authority, may make rules— (a) for the establishment of a Superannuation or Provident Fund; (b) for payments or other allowances on death, superannuation, resignation, retirement or discharge to persons who have been in the employment of the local authority; and (c) for the contribution of moneys by the local authority for such Superannuation or Provident Fund. (2) No payments or other allowances on death, superannuation, resignation, retirement or discharge made or granted to persons out of a Superannuation or Provident Fund nor the rights of any contributor acquired thereunder shall be assignable or transferable or liable to be attached, sequestrated or levied upon for or in respect of any debt or claim whatsoever. (3) Any person may by a memorandum under his hand appoint a nominee or nominees of the moneys payable on his death out of a Superannuation or Provident Fund and may make provision for the appointment of a new nominee or new nominees of such moneys and for the investment thereof. (4) The receipt of a nominee or nominees duly appointed or, in default of any such appointment, the receipt of the legal personal representative of a deceased person shall be a discharge to the local authority for any moneys payable on his death out of a Superannuation or Provident Fund. (5) All Superannuation or Provident Funds duly established under the provisions of any written law repealed by this Act shall continue in full force and effect as if they had been established by rules made under this section but without prejudice to any rights accrued or liabilities incurred or to any act or thing done prior to such repeal.

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan

(1) Sesuatu pihak berkuasa tempatan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, boleh membuat kaedah-kaedah— (a) bagi menubuhkan suatu Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan; (b) bagi memperuntukkan bayaran atau elaun lain bagi orang yang telah bekerja dengan pihak berkuasa tempatan itu apabila mereka mati, diberhentikan kerana tua, meletakkan jawatan, bersara atau diberhentikan; dan (c) bagi pencaruman wang oleh pihak berkuasa tempatan itu untuk Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan itu. (2) Tiada apa-apa pembayaran atau elaun lain yang dibuat atau diberi kepada orang daripada suatu Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan apabila mereka mati, diberhentikan kerana tua, meletakkan jawatan, bersara atau diberhentikan dan juga tiada apa-apa hak mana-mana pencarum yang diperoleh di bawahnya, boleh diserah hak atau dipindah milik atau boleh ditahan, diasingkan atau dilevi untuk atau mengenai apa-apa jua hutang atau tuntutan. (3) Seseorang boleh dengan suatu memorandum yang ditandatanganinya melantik seorang atau beberapa orang penerima namaan bagi wang yang kena dibayar apabila dia mati daripada suatu Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan dan boleh membuat peruntukan bagi pelantikan seorang atau beberapa orang penerima namaan baru bagi wang itu dan bagi pelaburannya. (4) Resit dari seorang penerima namaan atau penerima namaan yang telah dilantik dengan sewajarnya atau jika sekiranya tidak ada apa-apa pelantikan sedemikian resit dari wakil diri di sisi undang-undang bagi seseorang yang telah mati adalah menjadi suatu yang melepaskan tanggungan pihak berkuasa tempatan itu bagi apa-apa wang yang kena dibayar apabila orang itu mati daripada suatu Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan. (5) Semua Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan yang ditubuhkan dengan sewajarnya di bawah manamana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sepenuhnya seolah-olah Kumpulan Wang itu telah ditubuhkan oleh kaedahkaedah yang dibuat di bawah seksyen ini tetapi tanpa menyentuh apa-apa hak yang terakru atau apa-apa tanggungan yang telah dilakukan atau apa-apa perbuatan atau perkara yang telah dilakukan sebelum daripada pemansuhan itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next