My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 34

Local Government Act 1976 s 34

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 34 Disability of Councillors for voting on account of interests in contracts, etc.

(1) If a Councillor has any pecuniary interest, direct or indirect, in any contract or proposed contract or other matter, and is present at a meeting of the local authority or of any Committee thereof at which the contract or other matter is the subject of consideration, he shall, as soon as possible after the commencement thereof, disclose the fact, and shall withdraw from the meeting while the contract or matter is under consideration: Provided that this section shall not apply to an interest in a contract or other matter which a Councillor may have as a ratepayer or inhabitant of the local authority area, or as an ordinary consumer of water, gas, electricity or other local authority services or to an interest in any matter relating to the terms on which the right to participate in any local authority service, including the supply of goods, is offered to the public. (2) For the purposes of this section a Councillor shall be treated as having indirectly a pecuniary interest in a contract or other matter, if— (a) he or any nominee of his is a member of a company or other body with which the contract is made or is proposed to be made or which has a direct pecuniary interest in the other matter under consideration; or (b) he is a partner, or is in the employment, of a person with whom the contract is made or is proposed to be made or who has a direct pecuniary interest in the other matter under consideration: Provided that this subsection shall not apply to membership of, or employment under, any public body. (3) In the case of married persons the interest of one spouse shall, if known to the other, be deemed for the purpose of this section to be also an interest of that other spouse. (4) A general notice given in writing to the Secretary by a Councillor to the effect that he or his spouse is a member or is in the employment of a specified company or other body, or that he or his spouse is a partner or in the employment of a specified person, shall, unless the notice is withdrawn, be deemed to be a sufficient disclosure of his interest in any contract, proposed contract, or other matter relating to that company or other body or to that person which may be the subject of consideration after the date of the notice. (5) The Secretary shall record in a book to be kept for the purpose particulars of any disclosure made under subsection (1) and of any notice given under subsection (4), and the book shall be open at all reasonable hours to the inspection of any Councillor. (6) If any Councillor fails to comply with subsection (1), he shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to a term of imprisonment not exceeding one year or to both and in addition the Court shall make an order of forfeiture in respect of any profit which have accrued or may accrue to him as a result of such interest. (7) Any Councillor convicted of an offence under this section shall thereupon become disqualified from continuing to be a Councillor. (8) Any Councillor disqualified under the provisions of subsection (7) shall not be capable of being appointed a Councillor for any local authority. (9) A prosecution for an offence under this section shall not be instituted except with the sanction of the Public Prosecutor. (10) For the purpose of this section “Councillor” includes a person appointed to any Committee of the local authority.

Malay text (authoritative)

Hilang upaya Anggota Majlis bagi mengundi oleh kerana ada mempunyai kepentingan dalam kontrak, dsb.

(1) Jika seseorang Anggota Majlis ada mempunyai sesuatu kepentingan wang, secara langsung atau secara tidak langsung, dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan atau perkara lain, dan dia hadir dalam sesuatu mesyuarat pihak berkuasa tempatan itu atau mesyuarat mana-mana jawatankuasa pihak berkuasa tempatan itu dalam mana kontrak atau perkara lain itu adalah menjadi perkara pertimbangan, dia hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas mesyuarat itu dimulakan, menzahirkan hal itu, dan hendaklah menarik diri daripada mesyuarat itu semasa kontrak atau perkara itu ditimbangkan: Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi sesuatu kepentingan dalam sesuatu kontrak atau perkara lain yang seorang Anggota Majlis mungkin ada mempunyai sebagai seorang pembayar kadar atau sebagai penduduk kawasan pihak berkuasa tempatan itu, atau sebagai seorang pengguna biasa air, gas, elektrik atau perkhidmatan lain pihak berkuasa tempatan atau bagi sesuatu kepentingan dalam apa-apa perkara berhubungan dengan syaratsyarat atas mana hak untuk mengambil bahagian dalam apa-apa perkhidmatan pihak berkuasa tempatan, termasuk bekalan barangbarang, ada ditawarkan kepada orang ramai. (2) Bagi maksud seksyen ini seseorang Anggota Majlis hendaklah dikira sebagai ada mempunyai suatu kepentingan wang secara tidak langsung dalam sesuatu kontrak atau perkara lain, jika— (a) dia atau mana-mana penerimanamaannya adalah seorang anggota bagi suatu syarikat atau badan lain yang dengannya kontrak itu dibuat atau dicadang hendak dibuat atau yang ada mempunyai suatu kepentingan wang secara langsung dalam perkara lain yang sedang ditimbangkan itu; atau (b) dia adalah seorang pekongsi, atau bekerja untuk, seseorang yang dengannya kontrak itu dibuat atau dicadang hendak dibuat atau yang ada mempunyai kepentingan wang secara langsung dalam perkara lain yang sedang ditimbangkan itu: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi orang yang menjadi anggota, atau yang bekerja untuk, sesuatu badan awam. (3) Mengenai orang yang berkahwin, kepentingan seorang suami isteri hendaklah, jika diketahui oleh suami isteri yang satu lagi itu, disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai juga suatu kepentingan suami isteri yang satu lagi itu. (4) Suatu notis am yang diberi secara bertulis kepada Setiausaha oleh seseorang Anggota Majlis yang bermaksud bahawa Anggota Majlis itu atau suami isterinya adalah seorang anggota atau bekerja untuk suatu syarikat atau badan lain yang tertentu, atau bahawa Anggota Majlis itu atau suami isterinya adalah seorang pekongsi atau bekerja untuk seorang yang tertentu, hendaklah, melainkan jika notis itu ditarik balik, disifatkan sebagai suatu penzahiran yang cukup mengenai kepentingannya dalam sesuatu kontrak, kontrak yang dicadangkan, atau perkara lain berhubungan dengan syarikat atau badan lain itu atau berhubungan dengan orang itu, yang menjadi perkara pertimbangan selepas tarikh notis itu. (5) Setiausaha hendaklah merekodkan dalam suatu buku yang hendak disimpan bagi maksud itu butir-butir penzahiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan butir-butir sesuatu notis yang diberi di bawah subseksyen (4), dan buku itu hendaklah terbuka pada setiap masa yang munasabah untuk diperiksa oleh mana-mana Anggota Majlis. (6) Jika seseorang Anggota Majlis tidak mematuhi subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan selain daripada itu Mahkamah boleh membuat suatu perintah perlucuthakan mengenai apa-apa keuntungan yang telah terakru atau mungkin terakru kepadanya sebagai hasil dari kepentingan itu. (7) Seseorang Anggota Majlis yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah sesudah itu hilang kelayakan daripada menjadi seorang Anggota Majlis seterusnya. (8) Seseorang Anggota Majlis yang hilang kelayakan di bawah subseksyen (7) tidak boleh dilantik menjadi seorang Anggota Majlis bagi mana-mana pihak berkuasa tempatan. (9) Sesuatu pendakwaan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak boleh dibawa kecuali dengan izin Pendakwa Raya. (10) Bagi maksud seksyen ini “Anggota Majlis” termasuklah seseorang yang dilantik ke sesuatu jawatankuasa pihak berkuasa tempatan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next