My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 41

Local Government Act 1976 s 41

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 41 Power of local authority to raise loans

(1) Subject to any other written law, a local authority may, by resolution and with the consent of the State Authority, from time to time raise by way of loans such amounts of money upon such conditions as the State Authority shall approve for any of the following purposes: (a) to defray the expenses incurred or to be incurred for any of the following: (i) the acquisition of land which the local authority is empowered to acquire; (ii) the erection of any building which the local authority has authority to erect; (iii) the execution of any permanent work, the provision or renewal of any plant or the provision or replacement of vehicles; and (b) to pay off existing loans: Provided that the loan shall not make the total indebtedness of the local authority to exceed five times the annual value as contained in the current Valuation List of the local authority and provided that the period for repayment of such loan shall not exceed sixty years. (2) Before any such resolution is submitted to the local authority a detailed estimate shall be made of the cost of the proposed project on which the money loaned is to be expended, the annual cost of upkeep of such project, the annual revenue to be derived therefrom, the duration thereof, and the proposed manner of repayment.

Malay text (authoritative)

Kuasa pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pinjaman

(1) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, melalui ketetapan dan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, dari semasa ke semasa mendapatkan melalui pinjaman apa-apa amaun dengan apa-apa syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi mana-mana daripada maksud yang berikut: (a) untuk membayar perbelanjaan yang dilakukan atau yang akan dilakukan bagi mana-mana daripada yang berikut: (i) pengambilan tanah yang pihak berkuasa tempatan itu diberi kuasa mengambilnya; (ii) mendirikan sesuatu bangunan yang pihak berkuasa tempatan itu ada kuasa mendirikannya; (iii) menjalankan sesuatu kerja tetap, mengadakan atau membaharui sesuatu loji atau mengadakan atau mengganti kereta; dan (b) untuk menjelaskan pinjaman yang sedia ada: Dengan syarat bahawa pinjaman itu tidak boleh menjadikan hutang pihak berkuasa tempatan itu berjumlah lebih daripada lima kali nilai tahunan sebagaimana yang terdapat dalam Senarai Nilaian semasa pihak berkuasa tempatan itu dan juga dengan syarat bahawa tempoh pembayaran balik pinjaman itu tidak boleh lebih daripada enam puluh tahun. (2) Sebelum sesuatu ketetapan itu dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan itu suatu anggaran lengkap hendaklah dibuat mengenai kos projek yang dicadangkan itu dan yang atasnya wang yang dipinjam itu hendak dibelanjakan, kos tahunan untuk menyenggara projek itu, hasil tahunan yang akan didapati daripadanya, lamanya tempoh projek itu, dan cara pembayaran balik yang dicadangkan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next