(1) The local authority shall not later than the tenth day of November of each year pass detailed estimates of the revenue and expenditure of the local authority for the next financial year.
(2) Such estimates shall be in such form as may be required by the State Authority and shall be passed at a special meeting of the local authority.
(3) A copy of the draft estimates shall be delivered to each Councillor not less than seven days before the date fixed for such meeting.
(4) Subject to the provisions of this Act, the local authority may in its discretion pass, modify, reject or add any item in such draft estimates.
(5) After the Budget has been passed by the local authority it shall be forwarded to the State Authority not later than the twentieth day of November and shall be considered by the State Authority not later than the thirty-first day of December of that year and the State Authority may reduce or reject any item of expenditure appearing therein.
(6) The summary of the Budget as approved by the State Authority shall be published in the Gazette and the local authority shall be bound thereby.
Malay text (authoritative)
Anggaran tahunan hendaklah diluluskan dan dipersetujui
(1) Pihak berkuasa tempatan hendaklah tidak lewat daripada sepuluh haribulan November setiap tahun meluluskan anggaran lengkap mengenai hasil dan perbelanjaan pihak berkuasa tempatan itu bagi tahun kewangan yang berikut selepas sahaja daripadanya.
(2) Anggaran itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan hendaklah diluluskan dalam suatu mesyuarat khas pihak berkuasa tempatan itu.
(3) Suatu salinan draf anggaran itu hendaklah disampaikan kepada setiap seorang Anggota Majlis tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.
(4) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini pihak berkuasa tempatan itu boleh, menurut budi bicaranya, meluluskan, mengubah suai, menolak atau menambah apa-apa butiran dalam draf anggaran itu.
(5) Selepas Bajet itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan itu, Bajet itu hendaklah dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada dua puluh haribulan November dan hendaklah ditimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada tiga puluh satu haribulan Disember dalam tahun itu dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengurangkan atau menolak apa-apa butiran perbelanjaan yang terdapat di dalamnya itu.
(6) Ringkasan Bajet itu sebagaimana diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah disiarkan dalam Warta dan pihak berkuasa tempatan itu adalah terikat olehnya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).