(1) The Auditor General or other auditor appointed by the State Authority on the recommendation of the Auditor General shall, throughout the financial year, inspect and examine the accounts of the local authority, and the local authority shall, by the Treasurer or other officer authorized by the local authority, produce and lay before the auditor all books and accounts of the local authority together with all vouchers, papers, contracts and documents relating thereto.
(2) It shall be the duty of the auditor on or before the thirtyfirst day of October in each year to submit to the local authority in respect of the preceding financial year annual observations on the accounts of the local authority for such year and to certify therein whether or not—
(a) the accounts of the local authority were in order;
(b) separate accounts of all commercial undertakings had been kept;
(c) the accounts issued presented a true and fair view of the financial position of the local authority and of the commercial undertakings;
(d) due provision had been made for redemption and repayment of all moneys borrowed by the local authority;
(e) the amount set aside for depreciation and renewal of the assets of the local authority were adequate; and
(f) all the requirements of the auditor had been complied with.
(3) The auditor in his annual observations may state his opinions upon all questions arising out of the certificate given by him under subsection (2), and may in such observations draw attention to all cases in which it may appear to him that the provisions of this Act or any other written law have not been carried out or that any acts, matters or things have been performed or carried out without due authority.
(4) The audited accounts together with the auditor’s observations thereon shall be laid before the local authority at its next ensuing ordinary meeting and shall be published in the Gazette.
(5) A copy of the statements and accounts shall be forwarded to the State Authority which shall cause it to be laid on the table of the State Legislative Assembly and, in the case of the City of Kuala Lumpur, of the House of Representatives.
Malay text (authoritative)
Pengauditan akaun
(1) Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri atas syor Ketua Audit Negara hendaklah memeriksa akaun pihak berkuasa tempatan pada seluruh tahun kewangan itu, dan pihak berkuasa tempatan itu hendaklah, sama ada melalui Bendahari atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa tempatan itu, mengemuka dan membentangkan di hadapan juruaudit itu semua buku dan akaun pihak berkuasa tempatan itu bersama dengan semua baucer, kertas, kontrak dan dokumen berhubungan dengannya.
(2) Adalah menjadi kewajipan juruaudit itu untuk mengemukakan kepada pihak berkuasa tempatan itu pada atau sebelum tiga puluh satu haribulan Oktober setiap tahun pandangan tahunan mengenai akaun pihak berkuasa tempatan itu bagi tahun kewangan yang lalu dan memperakui di dalamnya sama ada atau tidak—
(a) akaun pihak berkuasa tempatan itu adalah betul;
(b) akaun yang berasingan berkenaan dengan semua pengusahaan perdagangan telah disimpan;
(c) akaun yang dikeluarkan itu menunjukkan suatu gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan pihak berkuasa tempatan itu dan mengenai pengusahaan perdagangan;
(d) peruntukan yang sewajarnya telah dibuat untuk menebus dan membayar balik semua wang yang dipinjam oleh pihak berkuasa tempatan itu;
(e) amaun yang diasingkan untuk susutan dan pembaharuan aset pihak berkuasa tempatan itu cukup; dan
(f) semua kehendak juruaudit telah dipatuhi.
(3) Juruaudit itu boleh menyatakan dalam pandangan tahunannya pendapatnya atas semua soal yang timbul daripada perakuan yang diberi olehnya di bawah subseksyen (2) dan boleh dalam pandangan itu menarik perhatian kepada semua hal dalam mana dia berpendapat bahawa peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain telah tidak dijalankan atau bahawa apa-apa perbuatan, perkara atau hal telah dilaksana atau dijalankan tanpa kuasa yang sewajarnya.
(4) Akaun yang telah diaudit bersama-sama dengan pandangan juruaudit atasnya itu hendaklah dibentangkan di hadapan pihak berkuasa tempatan itu dalam mesyuarat biasanya yang pertama berikut dan hendaklah disiarkan dalam Warta.
(5) Suatu salinan penyata dan akaun hendaklah dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri yang akan menyebabkannya dibentang dalam Dewan Negeri dan, bagi Bandaraya Kuala Lumpur dalam Dewan Rakyat.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).