My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 75

Local Government Act 1976 s 75

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 75 Power to enter and cleanse houses or buildings

(1) The Health Officer, or any officer authorized by the local authority in that behalf in writing, may at any time enter and inspect all houses and buildings and by an order in writing direct the occupier to cause within a time to be specified in such order all or any part thereof to be internally and externally colourwashed or distempered or otherwise cleansed for sanitary reasons and if necessary disinfected and all dirt or rubbish to be removed or collected. (2) If such order is not complied with within the time specified, the occupier shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to a term of imprisonment not exceeding six months or to both such fine and imprisonment and to a further fine not exceeding one hundred ringgit for each day after conviction until the order is complied with. (3) No entry shall be made into any dwelling-house in actual occupation, not being a common lodging-house, without six hours’ previous notice to the occupier unless with his consent.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memasuki dan mencuci rumah atau bangunan

(1) Pegawai Kesihatan, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud memasuki dan memeriksa semua rumah dan bangunan oleh pihak berkuasa tempatan, boleh memasuki dan memeriksa semua rumah dan bangunan pada bila-bila masa dan boleh dengan suatu perintah bertulis mengarahkan penduduknya menyebabkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu semua atau mana-mana bahagian daripada rumah dan bangunan itu, di sebelah dalam dan di sebelah luar, dilepa-warna atau disapu kapur ataupun dicuci kerana sebab kebersihan dan, jika perlu, dinyahjangkit dan segala kotoran atau sampah dibuang atau dipungut. (2) Jika perintah itu tidak dipatuhi dalam tempoh yang dinyatakan itu, penduduk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selepas sabitan sehingga perintah itu dipatuhi. (3) Mana-mana rumah kediaman yang benar-benar ada penduduknya, iaitu bukan suatu rumah penginapan am, tidak boleh dimasuki tanpa memberi enam jam notis terlebih dahulu kepada penduduknya itu, melainkan jika penduduknya itu mengizinkan.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next