My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 77

Local Government Act 1976 s 77

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 77 Closing and demolition, etc., of insanitary dwellings

(1) When the Health Officer has certified in writing that in his opinion any building or part of a building or anything attached to a building used or occupied as a dwelling is unfit for human habitation and cannot be rendered fit therefor without the removal, alteration or demolition in whole or in part of any partition, compartment, loft, gallery, pentroof, out-house or other structure or erection or without the execution of such alterations or structural operations as he specifies, he may by notice in writing require the owner thereof to carry into effect all or any of the following things: (a) the removal, alteration or demolition of the whole or part of the partitions or other erections or obstructions complained of; and (b) the execution of such alterations or structural operations as are necessary to render the premises fit for human habitation and to guard against danger of disease. (2) The notice shall specify the period, which shall not be less than seven days, within which the work is to be completed. (3) If the notice has not been complied with, a Magistrate’s Court may, on the application of the local authority, make a mandatory order requiring the owner to carry into effect all or any of the things specified in the said notice. (4) Any person who without the express sanction in writing of the local authority replaces any partition, erection or obstruction removed under subsection (1) shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to a term of imprisonment not exceeding six months or to both such fine and imprisonment and to a further fine not exceeding one hundred ringgit for each day after conviction during which the work is not carried out, and the local authority may enter upon such premises and remove such partition, erection or obstruction. (5) The local authority may for the purpose of carrying out the provisions of subsection (1), by notice to be posted in a conspicuous position upon the building, require the owner or occupier, as the case may be, to cease to inhabit the building and to remove all goods, furniture and effects from the building within forty-eight hours from the posting of the notice, or within such extended period as the local authority may allow. (6) The owner and every occupying tenant shall thereupon comply with the requirements of the notice. (7) Any owner or occupier in default shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit for each day during the period in which he has failed to comply with the requirements of the notice. (8) Notwithstanding subsection (7), at the expiration of fortyeight hours from the posting of the notice or such extended period under subsection (5), the local authority may remove all goods, furniture and effects from the building.

Malay text (authoritative)

Menutup dan meruntuhkan, dsb., tempat kediaman yang tidak bersih

(1) Apabila Pegawai Kesihatan telah memperakui secara bertulis bahawa pada pendapatnya sesuatu bangunan atau mana-mana bahagian daripada sesuatu bangunan atau apa-apa jua yang bercantum dengan sesuatu bangunan yang digunakan atau diduduki sebagai suatu tempat kediaman adalah tidak layak untuk kediaman manusia dan tidak boleh dijadikan layak untuk maksud itu tanpa dihapuskan, diubah atau diruntuhkan kesemua atau sebahagian daripada apaapa penyekat, petak, para, galeri, emper, rumah-luar atau lain-lain rangka bina atau binaan atau tanpa dijalankan apa-apa perubahan atau kerja-kerja rangka bina sebagaimana yang ditentukan olehnya, dia boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemunyanya melaksanakan semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut: (a) menghapuskan, mengubah atau meruntuhkan kesemua atau sebahagian daripada penyekat atau binaan lain atau halangan yang berkenaan; dan (b) menjalankan apa-apa perubahan atau kerja rangka bina sebagaimana yang perlu untuk menjadikan premis itu layak untuk kediaman manusia dan untuk melindunginya dari bahaya penyakit. (2) Notis itu hendaklah menyatakan tempoh kerja itu hendak disiapkan dan tempoh itu tidak boleh kurang daripada tujuh hari. (3) Jika notis itu tidak dipatuhi, sesuatu Mahkamah Majistret boleh, atas permohonan pihak berkuasa tempatan itu, membuat suatu perintah mandatori menghendaki pemunya premis itu melaksanakan semua atau mana-mana daripada perkara yang dinyatakan dalam notis yang tersebut itu. (4) Seseorang yang menempatkan semula, tanpa keizinan nyata dengan bertulis dari pihak berkuasa tempatan itu, apa-apa penyekat, binaan atau halangan yang dihapuskan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari kerja itu tidak dijalankan selepas sabitan dan pihak berkuasa tempatan itu boleh mengambil milik premis itu dan menghapuskan penyekat, binaan atau halangan itu. (5) Pihak berkuasa tempatan itu boleh, bagi maksud melaksanakan subseksyen (1), dengan notis yang ditampalkan di sesuatu tempat yang mudah dilihat pada bangunan itu, menghendaki pemunya atau penduduknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhenti menduduki bangunan itu dan mengeluarkan segala barang, perabot dan harta benda dari bangunan itu dalam tempoh empat puluh lapan jam dari penampalan notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu. (6) Pemunya dan tiap-tiap tenan yang menduduki bangunan itu hendaklah dengan itu mematuhi kehendak notis itu. (7) Mana-mana pemunya atau penduduk yang tidak mematuhi kehendak notis itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap satu hari selama tempoh dia tidak mematuhi kehendak notis itu. (8) Walau apa pun peruntukan subseksyen (7), apabila tamat tempoh empat puluh lapan jam dari penampalan notis itu atau tempoh lanjutan di bawah subseksyen (5) itu, pihak berkuasa tempatan itu boleh mengeluarkan semua barang, perabot dan harta-benda dari bangunan itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IX β†’

Find Act 171 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next