My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 10

Town and Country Planning Act 1976 s 10

s 10 Approval or rejection of draft structure plans by Committee

(1) The Committee may, after considering a draft structure plan submitted or resubmitted to it, either approve it, in whole or in part and with or without modifications or reservations, or reject it. (2) In considering the draft structure plan, the Committee may take into account any matters that it thinks are relevant, whether or not they were taken into account in the plan as submitted or resubmitted to it. (3) If, on taking the draft structure plan into consideration, the Committee does not determine then to reject it, it shall, before determining whether or not to approve it— (a) consider any objections to the plan, so far as they are made in accordance with rules made under section 17; (b) afford to the persons whose objections so made are not withdrawn, an opportunity of appearing before, and being heard by, a subcommittee appointed by the Committee, and consisting of four members of the Committee, one of whom shall be appointed chairman of the subcommittee; and (c) if a local inquiry or other hearing is held, also afford the like opportunity to the State Director and such other persons as the Committee thinks fit. (4) Without prejudice to subsection (3), in considering a draft structure plan, the Committee— (a) shall consult with the Council for its direction and advice; and (b) may consult with, or consider the views of, any other authority or any other persons but shall not be under any obligation to consult with, or consider the views of, any other authority or any other persons or, except as provided by that subsection, to afford an opportunity for the making of any objections or other representations, or to cause a local inquiry or other hearing to be held. (5) If the Committee has failed or neglected to approve or reject a draft structure plan within six months of its submission to the Committee, the State Director may refer the draft structure plan to the Council for decision thereon. (6) Upon approving a draft structure plan, the Committee shall submit it to the State Authority for the assent of the State Authority to the plan, and upon the assent being given, the plan shall come into effect. (7) The Committee shall cause the fact of assent of the State Authority to a draft structure plan to be published in the State Gazette and in at least two local newspapers, one of which being in the national language, together with the marking by which the plan may be identified and a statement of the place where the plan may be inspected.

Malay text (authoritative)

Kelulusan atau penolakan draf rancangan struktur oleh Jawatankuasa

(1) Jawatankuasa boleh, selepas menimbangkan suatu draf rancangan struktur yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya, sama ada meluluskannya, keseluruhan atau sebahagian daripadanya dan dengan atau tanpa ubah suaian atau syarat-syarat, atau menolaknya. (2) Dalam menimbangkan draf rancangan struktur itu, Jawatankuasa boleh mengambil kira apa-apa perkara yang difikirkannya berkaitan, sama ada atau tidak ia telah diambil kira dalam rancangan itu seperti yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya. (3) Jika, pada masa menimbangkan draf rancangan struktur itu, Jawatankuasa tidak memutuskan untuk menolaknya, ia hendaklah, sebelum memutuskan sama ada hendak meluluskannya atau tidak— (a) menimbangkan apa-apa bantahan terhadap rancangan itu, setakat bantahan itu dibuat mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 17; (b) memberikan kepada orang yang bantahannya dibuat sedemikian tidak ditarik balik, peluang untuk hadir di hadapan, dan didengar oleh, suatu jawatankuasa kecil yang dilantik oleh Jawatankuasa, dan yang terdiri daripada empat orang ahli Jawatankuasa seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa kecil itu; dan (c) jika suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain diadakan, memberikan juga peluang yang sama kepada Pengarah Negeri dan kepada orang lain yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa. (4) Tanpa menjejaskan subseksyen (3), dalam menimbangkan suatu draf rancangan struktur, Jawatankuasa— (a) hendaklah berunding dengan Majlis bagi mendapatkan arahan dan nasihatnya; dan (b) boleh berunding dengan, atau menimbangkan pandangan, mana-mana pihak berkuasa lain atau mana-mana orang lain tetapi tidaklah bertanggungan untuk berunding dengan, atau menimbangkan pandangan, mana-mana pihak berkuasa lain atau mana-mana orang lain atau, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen itu, memberikan peluang untuk membuat apa-apa bantahan atau representasi lain, atau mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain. (5) Jika Jawatankuasa tidak atau telah mengabaikan untuk meluluskan atau menolak suatu draf rancangan struktur dalam masa enam bulan selepas ia dikemukakan kepadanya, Pengarah Negeri boleh merujukkan draf rancangan struktur itu kepada Majlis untuk membuat keputusan mengenainya. (6) Setelah meluluskan draf rancangan struktur itu, Jawatankuasa hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri bagi rancangan itu, dan setelah persetujuan diberikan, rancangan itu hendaklah berkuat kuasa. (7) Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya fakta persetujuan Pihak Berkuasa Negeri bagi suatu draf rancangan struktur disiarkan dalam Warta Negeri dan sekurang-kurangnya dalam dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, bersama dengan tanda yang dengannya rancangan itu dikenal pasti dan suatu pernyataan mengenai tempat rancangan itu boleh diperiksa.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next