My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 12

Town and Country Planning Act 1976 s 12

s 12 Preparation of draft local plans

(1) The local planning authority, while a draft structure plan is being prepared, or before the State Authority gives assent to a draft structure plan that has been prepared, may, if it thinks desirable, prepare a draft local plan for any part of its area. (2) Where a structure plan for the State has come into effect, the local planning authority shall as soon as practicable prepare a draft local plan for the whole of its area. (3) A draft local plan shall consist of a map and a written statement and shall— (a) formulate, in such details as the local planning authority thinks appropriate, its proposals for— (i) the development of; (ii) the use of land in; (iii) the protection and improvement of the physical environment of; (iv) the preservation of the natural topography of; (v) the improvement of the landscape of; (vi) the preservation and planting of trees in; (vii) the making up of open spaces in; (viii) the preservation and enhancement of character and appearance of buildings in; (ix) the improvement of communications in; and (x) the management of traffic in, the area of the local plan; and (b) contain such matters as may be prescribed or as the Committee may in any particular case specify. (4) A draft local plan for an area shall contain, or be accompanied by, such diagrams, illustrations, and descriptive matter as the local planning authority thinks appropriate for the purpose of explaining or illustrating the proposals in the plan, or as may be prescribed by the Committee, or as may in any particular case be specified in directions given by the Committee; and the diagrams, illustrations, and descriptive matter shall be treated as forming part of the plan. (5) (Deleted by Act A1129). (6) Without prejudice to the preceding provisions of this section, the local planning authority shall, if the Committee gives it a direction in that behalf in respect of a part of the area of the local planning authority for which a draft structure plan has been, or is in the course of being, prepared, as soon as practicable prepare for that part a draft local plan of such nature as may be specified in the direction. (7) Directions under subsection (6) may be given by the Committee either before or after the draft structure plan comes into effect. (8) In formulating its proposals in a draft local plan, the local planning authority shall secure that the proposals conform generally to the structure plan for the State as it stands for the time being, whether or not it has come into effect, and shall have regard to any information and other considerations that appear to it to be relevant, or that may be prescribed, or that the Committee may in any particular case direct it to take into account. (9) Before giving any direction under subsection (8) to a local planning authority, the Committee shall consult the local planning authority about the proposed direction.

Malay text (authoritative)

Penyediaan draf rancangan tempatan

(1) Pihak berkuasa perancang tempatan, semasa suatu draf rancangan struktur sedang disediakan, atau sebelum Pihak Berkuasa Negeri memberikan persetujuan mengenai suatu draf rancangan struktur yang telah disediakan, boleh, jika difikirkannya wajar, menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi mana-mana bahagian kawasannya. (2) Jika suatu rancangan struktur bagi Negeri telah berkuat kuasa, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi seluruh kawasannya. (3) Suatu draf rancangan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah— (a) merumuskan, yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan mengenai cadangannya bagi— (i) memajukan; (ii) menggunakan tanah dalam; (iii) melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal bagi; (iv) memelihara topografi semula jadi; (v) memperelok lanskap; (vi) memelihara dan menanam pokok dalam; (vii) mengadakan tanah lapang dalam; (viii) memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam; (ix) memperelok sistem komunikasi dalam; dan (x) menguruskan lalu lintas dalam, kawasan rancangan tempatan; dan (b) mengandungi perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa dalam apa-apa hal yang tertentu. (4) Suatu draf rancangan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah mengandungi, atau disertakan dengan, gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam rancangan itu, atau yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, atau dalam apa-apa hal tertentu ditentukan dalam arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa; dan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan itu. (5) (Dipotong oleh Akta A1129). (6) Tanpa menyentuh peruntukan seksyen ini yang terdahulu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, jika Jawatankuasa memberikan ia arahan bagi maksud itu berkenaan dengan sebahagian daripada kawasan pihak berkuasa perancang tempatan itu yang baginya suatu draf rancangan struktur telah, atau sedang disediakan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan bagi bahagian itu suatu draf rancangan tempatan daripada jenis yang dinyatakan dalam arahan itu. (7) Arahan di bawah subseksyen (6) boleh diberikan oleh Jawatankuasa sama ada sebelum atau selepas draf rancangan struktur itu berkuat kuasa. (8) Dalam merumuskan cadangannya dalam suatu draf rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memastikan bahawa cadangan itu pada amnya menurut rancangan struktur bagi Negeri itu sebagaimana keadaannya pada masa ini, sama ada ia telah berkuat kuasa atau belum, dan hendaklah memberikan perhatian kepada apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada pendapatnya berkaitan, atau yang ditetapkan, atau yang Jawatankuasa dalam apa-apa hal tertentu mengarahkan ia mengambil kira. (9) Sebelum memberikan apa-apa arahan di bawah subseksyen (8) kepada suatu pihak berkuasa perancang tempatan, Jawatankuasa hendaklah berunding dengan pihak berkuasa perancang tempatan itu mengenai arahan yang dicadangkan itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next