My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 2B

Town and Country Planning Act 1976 s 2B

s 2B Director General of Town and Country Planning

(1) There shall be a Director General of Town and Country Planning whose functions shall be— (a) to conduct, promote and co-ordinate research in relation to any aspect of town and country planning; (b) to publish reports, bulletins, statistics, monographs and other publications relating to town and country planning and its methodology; (c) to provide information and education to the public regarding town and country planning; (d) to report to and advise the Council upon matters concerning the use of town and country planning in the conservation, use and development of lands in the country and upon any amendments he thinks desirable to any law affecting town and country planning and upon any matters referred to him by the Council; (e) to establish and maintain liaison and co-operation with each of the State Authorities with respect to town and country planning. (2) The Director General of Town and Country Planning shall be the Secretary of the Council.

Malay text (authoritative)

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

(1) Seorang Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah ada yang fungsinya ialah— (a) untuk menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan penyelidikan berhubung dengan apa-apa aspek perancangan bandar dan desa; (b) untuk menyiarkan laporan, buletin, perangkaan, monograf dan terbitan lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya; (c) untuk memberikan maklumat dan pendidikan kepada orang ramai berkenaan dengan perancangan bandar dan desa; (d) untuk membuat laporan kepada dan menasihati Majlis mengenai perkara yang berkaitan dengan penggunaan perancangan bandar dan desa dalam pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negara dan mengenai apa-apa pindaan yang difikirkannya wajar kepada mana-mana undang-undang yang menyentuh perancangan bandar dan desa dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Majlis kepadanya; (e) untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan perancangan bandar dan desa. (2) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menjadi Setiausaha kepada Majlis.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next