My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 4

Town and Country Planning Act 1976 s 4

s 4 The State Planning Committee and its functions

(1) There shall be established for the State a State Planning Committee consisting of— (a) a Chairman, being the Menteri Besar or Chief Minister of the State; (b) a Deputy Chairman, being a member of the State Executive Council, to be appointed by the State Authority; (ba) not more than three members to be appointed by the State Authority from amongst the members of the State Executive Council, at least one of whom shall be the member responsible for and whose portfolio is related to town and country planning in the State; (c) the State Secretary; (d) the State Director, who shall be the Secretary of the Committee; (e) the State Director of Lands and Mines; (f) the Director of the State Economic Planning Unit or an officer responsible for such affairs in the State; (g) the State Director of Public Works; (h) the State Legal Adviser; (ha) the State Financial Officer; (hb) the State Development Officer or an officer responsible for such affairs in the State; (hc) the State Director of Environment or an officer responsible for such affairs in the State; and (i) not more than four other members to be appointed by the State Authority. (2) A member of the Committee appointed under paragraph (1)(b) or (i) shall, unless he sooner resigns his office or his appointment is sooner revoked, hold office for such period as may be specified in his instrument of appointment but shall be eligible for reappointment. (3) A member of the Committee who is not a member of the public service may be paid such allowances as the State Authority may approve. (4) The functions of the Committee shall be— (a) to promote in the State, within the framework of the national policy, the conservation, use and development of all lands in the State; (aa) to regulate, control, plan and co-ordinate all development activities in the State; (b) to advise the State Government, either on its own initiative or in response to a request by the State Government, on matters relating to the conservation, use and development of land in the State; and (c) to undertake, assist in and encourage the collection, maintenance and publication of statistics, bulletins and monographs and other publications relating to town and country planning and its methodology. (5) The Committee may from time to time give to any local planning authority directions not inconsistent with the provisions of this Act and the local planning authority shall give effect to such directions. (6) The Committee may perform any other functions that are supplemental, incidental, or consequential to any of the functions specified in subsection (4) and do all such things as may be necessary or expedient for carrying out its functions under this Act. (7) The Committee may cause a local inquiry or hearing to be held in or for the purpose of exercising any of its functions under this Act. (8) The State Director of Town and Country Planning shall be the principal adviser to the Committee on matters relating to town and country planning and, as Secretary of the Committee, shall be responsible for carrying out the decisions and implementing the policies of the Committee; and in or for the purpose of discharging his functions under this subsection, he may draw upon the financial, manpower and other resources of his department.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya

(1) Suatu Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah ditubuhkan bagi Negeri yang terdiri daripada— (a) seorang Pengerusi, iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri; (b) seorang Timbalan Pengerusi, iaitu seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri; (ba) tidak lebih daripada tiga orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dari kalangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang sekurang-kurangnya seorang daripadanya hendaklah menjadi anggota yang bertanggungjawab bagi dan portfolionya berhubungan dengan perancangan bandar dan desa di dalam Negeri; (c) Setiausaha Kerajaan Negeri; (d) Pengarah Negeri, yang hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa; (e) Pengarah Tanah dan Galian Negeri; (f) Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri; (g) Pengarah Kerja Raya Negeri; (h) Penasihat Undang-Undang Negeri; (ha) Pegawai Kewangan Negeri; (hb) Pegawai Kemajuan Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri; (hc) Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri; dan (i) tidak lebih daripada empat anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. (2) Seseorang anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) atau (i) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya lebih awal atau pelantikannya dibatalkan lebih awal, memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya tetapi adalah layak dilantik semula. (3) Seseorang anggota Jawatankuasa yang bukan seorang anggota perkhidmatan awam boleh dibayar apa-apa elaun yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (4) Fungsi Jawatankuasa adalah— (a) untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri; (aa) untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri; (b) untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri; dan (c) untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya. (5) Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan itu. (6) Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (4) dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. (7) Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana daripada fungsinya di bawah Akta ini. (8) Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi penasihat utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan, sebagai Setiausaha Jawatankuasa, hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah subseksyen ini, dia boleh menggunakan sumber kewangan, manusia dan sumber lain jabatannya.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next