My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 40

Town and Country Planning Act 1976 s 40

s 40 Special provisions for compensation

(1) In assessing the compensation payable in respect of any land or building or any interest therein proposed to be acquired compulsorily pursuant to this Part— (a) the estimate of the value of the land, building, or interest shall be based upon the fair market value thereof at the date of publication of the declaration under subsection 38(1), due regard being had to the nature and condition of the property, the probable duration of the building in its existing state, and the state of repair thereof, without giving any allowance in respect of the compulsory purchase or other matters; and (b) in such estimate any addition to or improvement of the property made after the date of publication of the declaration under subsection 38(1) shall not, unless the addition or improvement was necessary for the maintenance of the property in a proper state of repair, be included nor, in the case of any interest acquired after that date, shall any separate estimate of the value thereof be made so as to increase the amount of compensation to be paid for the land or building. (2) When assessing the compensation payable in respect of any house or premises, evidence shall be receivable by the court to prove— (a) that the rental of the house or premises was enhanced by reason of the house or premises being used for illegal purposes or being so overcrowded as to be dangerous or injurious to the health of the occupants; (b) that the house or premises are in such a condition as to constitute a nuisance or are in a state of defective sanitation or are not in reasonably good repair; and (c) that the house or premises are unfit and not reasonably capable of being made fit for human habitation, and, if the court is satisfied by such evidence, then the compensation— (d) shall, in the first case, in so far as it is based on rental, be based on the rental that would have been obtainable if the house or premises were occupied for lawful purposes and only by the number of persons whom the house or premises are, in all circumstances of the case, capable of accommodating without such overcrowding as is dangerous or injurious to the health of the occupants; (e) shall, in the second case, be the amount estimated to be the value of the house or premises if the nuisance had been abated or if they had been put into a sanitary condition or into reasonably good repair, after deducting the estimated expenses of abating the nuisance or putting the house or premises into such condition or repair, as the case may be; and (f) shall, in the third case, be the value of the land and of the materials of the buildings thereon.

Malay text (authoritative)

Peruntukan khas bagi pampasan

(1) Pada menaksir pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana tanah atau bangunan atau apa-apa kepentingan mengenainya yang dicadangkan hendak diambil secara paksa menurut Bahagian ini— (a) anggaran nilai tanah, bangunan, atau kepentingan itu hendaklah diasaskan kepada nilai pasarannya yang berpatutan pada tarikh perisytiharan itu disiarkan di bawah subseksyen 38(1), dengan memberi perhatian kepada jenis dan keadaan harta itu, lamanya bangunan itu mungkin tahan dalam keadaannya sekarang, dan keadaan kerosakannya, tanpa memberikan apa-apa potongan berkenaan dengan pembelian paksa itu atau perkara lain; dan (b) dalam anggaran itu apa-apa tambahan atau pengelokan harta itu yang dibuat selepas tarikh perisytiharan itu disiarkan di bawah subseksyen 38(1) tidak boleh, melainkan jika tambahan atau pengelokan itu perlu untuk penyenggaran harta itu supaya baik keadaannya, dimasukkan dalam hal apa-apa kepentingan yang diperoleh selepas tarikh itu, dan juga tidak boleh dibuat apa-apa anggaran yang berasingan bagi nilainya dengan tujuan hendak menambah amaun pampasan yang hendak dibayar bagi tanah atau bangunan itu. (2) Apabila menaksirkan pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana rumah atau premis, keterangan hendaklah diterima oleh mahkamah untuk membuktikan— (a) bahawa sewa rumah atau premis itu telah bertambah oleh kerana rumah atau premis itu digunakan untuk maksudmaksud yang menyalahi undang-undang atau terlalu penuh sesak sehingga menjadi berbahaya atau memudaratkan kesihatan penghuninya; (b) bahawa rumah atau premis itu dalam keadaan yang menjadikan ia suatu kacau ganggu atau dalam keadaan yang kurang bersih atau secara munasabah kurang baik keadaannya; dan (c) bahawa rumah atau premis itu tidak layak dan tidak munasabah boleh dijadikan layak untuk kediaman manusia, dan, jika mahkamah berpuas hati dengan keterangan itu, maka pampasan itu— (d) hendaklah, dalam hal yang pertama, setakat yang ia diasaskan kepada sewa, diasaskan kepada sewa yang tentu boleh didapati jika rumah atau premis itu telah diduduki untuk maksud yang sah di sisi undang-undang dan diduduki hanya oleh bilangan orang yang boleh ditampung oleh rumah atau premis itu, dalam semua hal keadaan hal itu, tanpa penuh sesak yang menjadi berbahaya atau memudaratkan kesihatan penghuninya; (e) hendaklah, dalam hal yang kedua, amaun yang dianggarkan sebagai nilai rumah atau premis itu sekiranya kacau ganggu telah terhenti atau sekiranya rumah atau premis itu telah pulih dalam keadaan bersih atau telah diperbaiki secara munasabah, selepas ditolak belanja yang dianggarkan untuk menghentikan kacau ganggu itu atau memulihkan keadaan bersih atau memperbaiki rumah atau premis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (f) hendaklah, dalam hal yang ketiga, nilai tanah itu dan nilai bahan bangunan di atas tanah itu.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next